January 02, 2014
BY My Mumble Jumble0
Comments
Harini aku bangun tido dengan rasa yang sangat tak best, duduk x berganjak, takmau pegi mandi, takmau buat apa-apa walaupun aku ada lebih kurang setengah jam je nak siap g keje. Aku duduk bersila, tenung muka suami ngan anak yang tengah nyenyak tido. Sedih gila x boleh nak describe perasaan aku ni. Esok bangun tido dah kene ready-ready hanta suami g epot. Cuti sekolah dah tamat = Masa bersama suami tercinta dah abes. Lepas ni kembalilah rutin biasa aku tinggal kat rumah ibu, pegi keje drive sniri, balik opis tengok muka Ayraa je. Arini last day suami aku jaga Ayraa kat rumah. Ayraa pon macam tau je abi die dah nak balik sarawak. Harini suami aku call cakap Ayraa macam sedih je. Main pon x bersemangat. Camne la nanti bile abi die takde. Carik ke x. Dah la hari-hari tinggal ngan abi. Kene buli dengan abi. Sedih nye la..
Last week masa pegi Janda Baik, masa abi dokong Ayraa naik carrier, Ayraa tenung je muke abi die lama2. Senyum x, nanges x. Just tenung. Bile aku tengok tu tah kenape tah tibe2 je air mata aku meleleh2. Sedih sangat tengok anak aku x dapat jumpa abi die hari-hari. Lepas ni pon suami aku x dapat nak balik everyweek cam dulu. Ye la duit asek abes dekat tiket flight, memang x de can nak buat savings. Sampai bile la nak hidup jauh camni. Rumah kesayangan pon terpaksa ditinggalkan. Bile cuti baru duduk. Nak tinggal kan rumah pon rasa berat hati.
Ya Allah, permudahkanla urusan kami. Kuatkan Semangat kami. Makbulkan lah doa kami. Hanya kepadaMu sahaja kami berlindung dan memohon pertolongan. Amin.
(Entry x dapat dihabiskan sebab tukang taip da bejurai-jurai air mata)