Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Long Distance Relationship
Showing posts with label Long Distance Relationship. Show all posts
Showing posts with label Long Distance Relationship. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Minggu ke 38
January 21, 20150 Comments
Harini genap la baby aku dalam perut berusia 38 minggu. Ingatkan anak no 2 cepat la aku bersalin.. Tapi sampai sekarang masih rasa baby belum nak keluar. Contraction tipu-tipu tu ada la jugak rasa sikit2 tapi masih tolerable dan x kerap. Kadang-kadang rasa macam period pain camtu. Macam time pregnant Ayraa jugak, time2 camni aku dah start mengah semput and x larat jalan sangat. Jalan dekat pon da semput. Tang kat bawah tu macam rase lenguh-lenguh sengal2 camtu. Aku tak ingat masa Ayraa dulu camne sampai la aku refer balik blogpost aku yang dulu. Ok sama rupanya. hehe

Besar dah anak aku. Kejap je dah setaun 6 bulan. Nak jadi kaklong dah

Plan kalini nak beranak kat Hospital yang sama ngan Ayraa dulu. Sebab senang, dekat and so far check up semua kat sana ok. Lagipon dekat sangat dengan rumah, so senang la family ngan husband aku nak berulang alik. Tambah lagi sekarang dah ada Ayraa, kalau jauh-jauh kang ummi die lak telebih rindu. Kalau ikut due date scan, dr cakap EDD aku pada 5 Februari 2015. Kalau ikut period, sepatutnya 25 Jan 2015. Tapi maybe period aku ni kadang2 x regular. So xtepat sangat. Kalau ikut memang x sabar la nak beranak walaupon perasaan takot nak beranak anak no 2 ni melebih-lebih dari masa pregnant Ayraa dulu. Agaknye sebab da bole imagine kesakitan yang bakal dialami tu, tu yang cam seram sejuk sket menghitung hari tu. Mak mentua lak still holiday kat Korea. Dia da pesan kt baby dalam perut ni tunggu nenek balik baru keluar ya. hehe Jadi baby, sila keluar selepas 27 hb ok! =b

Walaupon semua orang termasuk doktor cakap perut aku kecik, tapi baby aku sekarang diam tak diam da cecah 3 kilo. Woo lagi besar dari kakak Ayraa. Ayraa masa keluar dulu berat 2.7 kilo je. Sangat ler halus. Nak pegang pon takot-takot.hehe Mintak-mintak adik Ayraa ni jangan ler besor-besor sangat. Seram ummi nak push nanti nak oi.

Oh ada berita paling mengembirakan nak gtau!


Alhamdulillah, lepas hampir 5 tahun husband aku kat perantauan, akhirnya minggu lepas dapat tau keputusan rayuan die diluluskan. Bersyukur sangat-sangat, Allah swt makbulkan doa kami. Memang betullah, setiap anak tu ada rezeki masing-masing. And rezeki baby dalam perut ni dapat tinggal dengan abi. Ayraa lak memang dari abi die balik sarawak 2 minggu lepas dia macam x heran pn carik. Memang pelik sebab 2 bulan dok melekat ngan abi dia masa cuti sekolah. Macam da tau-tau je dia. Aku je dok emo masa anta husband balik kat epot aritu. hihi


Kali terakhir anta husband balik Sarawak. Kemain penyek idung cium Ayraa. 
Tapi, sampai harini surat pindah x sampai-sampai lagi. Selagi surat tak dapat, Pengarah dia x kasi balik lagi. So hari-hari cam risau jugak sebab takot husband x sempat balik masa aku beranak nanti. Cam seram je nak dok labour room sorang-sorang =(

Btw, aku still keje lagi. Planning kalau x bersalin by this week macam nak mohon cuti je start Isnin depan. Da malas nak keje bole x? heee


Bos kecik melawat ummi kat opis.





Reading Time:

Tuesday, 18 February 2014

Kehidupan perlu diteruskan
February 18, 20140 Comments
Kehidupan adalah sangat hectic ketika ini. Sibuk dengan kerja yang tak pernah sudah. Tapi harini tenang sket la sebab bos takde kerja-kerja yang urgent da disetelkan. Staf baru pon semakin cekap buat kerja so takde la stress sangat nak kene buat semua benda. 

Anyway, harini Ayraa Sofea da berusia 7 bulan 17 hari. Masih breastfeed walaupon stock susu semakin berkurang. Aku rase kene mentally prepared yang aku terpakse readykan stock susu formula kat rumah sebab susu aku dah x mampu nak bagi Ayraa survived whole day sebab da beberapa kali insiden susu habes & Ayraa terpakse minum susu kakak iparku. Owh mayn. Kesian. Walaupon Ayraa da start makan, tapi sekarang dengan badan beliau yang bersize budak 2 taun, memang ummi kene effort lebih la nak mengepam. Tapi yang frustnya, pam-pam keluar angin je. Haih. 

Bulan ni jugak bulan sakit aku. Bukan sakit badan, tapi sakit poket. Awal bulan aritu kene hidupkan road tax & insuran, last week kene tukar timing belt, kelmarin kete aku brake rosak lepas tu aku pinjam kete ibu aku yang baru kuar bengkel cat 2 hari, lepas tu aku boleh terlanggar kete orang masa kat trefik light sebab aku tertido. Nasib baik la kete CAMRY tu xde pape. Kete mak aku pulak bonet tejongket. Total damage? RM500 jugak la.. huuuu.. Nampak x betapa hecticnya kehidupan aku sebab bole memandu sambil tido? Pfttttt...

Nasib baik la aku da start balik online business aku warnacloset. Alhamdulillah sambutan setakat ni ok. Walaupon x kencang tapi berjalan la jugak. Nak cakap untung banyak, still biasa-biasa je la sebab modal besar jugak. Doa kan la business aku kali ni berjaya. Kalau bejaya leh la aku benti keje jaga anak dan bisnes je. haha angan2.

Husband aku lak dah 15 hari x jumpa. Rindu nye Allah je la yang tau. Next week baru bole jumpa. Ingatkan nak buat suprise sempena anniversary aku yang ke2 taun awal bulan 3 ni. Tapi tengok la bajet nanti. Duit gaji aku semua da ade tuannya. huu. Murahkan lah rezeki kami ya Allah. 


My baby bam-bam


Reading Time:

Thursday, 2 January 2014

Keluarga Jarak Jauh
January 02, 20140 Comments
Harini aku bangun tido dengan rasa yang sangat tak best, duduk x berganjak, takmau pegi mandi, takmau buat apa-apa walaupun aku ada lebih kurang setengah jam je nak siap g keje. Aku duduk bersila, tenung muka suami ngan anak yang tengah nyenyak tido. Sedih gila x boleh nak describe perasaan aku ni. Esok bangun tido dah kene ready-ready hanta suami g epot. Cuti sekolah dah tamat = Masa bersama suami tercinta dah abes. Lepas ni kembalilah rutin biasa aku tinggal kat rumah ibu, pegi keje drive sniri, balik opis tengok muka Ayraa je. Arini last day suami aku jaga Ayraa kat rumah. Ayraa pon macam tau je abi die dah nak balik sarawak. Harini suami aku call cakap Ayraa macam sedih je. Main pon x bersemangat. Camne la nanti bile abi die takde. Carik ke x. Dah la hari-hari tinggal ngan abi. Kene buli dengan abi. Sedih nye la..

Last week masa pegi Janda Baik, masa abi dokong Ayraa naik carrier, Ayraa tenung je muke abi die lama2. Senyum x, nanges x. Just tenung. Bile aku tengok tu tah kenape tah tibe2 je air mata aku meleleh2. Sedih sangat tengok anak aku x dapat jumpa abi die hari-hari. Lepas ni pon suami aku x dapat nak balik everyweek cam dulu. Ye la duit asek abes dekat tiket flight, memang x de can nak buat savings. Sampai bile la nak hidup jauh camni. Rumah kesayangan pon terpaksa ditinggalkan. Bile cuti baru duduk. Nak tinggal kan rumah pon rasa berat hati.  

Ya Allah, permudahkanla urusan kami. Kuatkan Semangat kami. Makbulkan lah doa kami. Hanya kepadaMu sahaja kami berlindung dan memohon pertolongan. Amin.

(Entry x dapat dihabiskan sebab tukang taip da bejurai-jurai air mata)
Reading Time:

@way2themes