Masa check-up dekat Klinik Kesihatan hari selasa haritu, doctor mentioned yang kedudukan uri aku agak bawah dari normal. Doctor klasifikasikan problem ni as "Plasenta Previa Type 1". Kalau ikutkan dari riak muka doctor tu, macam x serius sangat masalah aku ni. Tapi doktor ada mentioned lagi 2 minggu kalau scan lagi ada problem, berkemungkinan besar doktor akan refer aku dekat pakar and suh aku admit kat hospital sampai bersalin. Aku cam wooah? Aku baru nak masuk 30 minggu kot. Apa aku nak buat dekat hospital tu lama-lama? Doktor siap tanya aku, awak kerja apa? selalu travel ke? Aku jawab la memang kerap jugak travel tapi dalam selangor je la. Sebulan skali keluar selangor ade la jugak. Then doktor cakap awak kene banyak berehat. Oh rupenye aku yang balik keje terus melepek atas katil sampai pagi ni masih lagi dalam kategori tak cukup rehat. Ok. Pasni saya tido kat opis. hehe
Ok serius balik, sebenarnya lepas dengar je doktor cakap camtu, macam-macam benda la terus berlegar dalam otak aku. Dari pikir betul ke aku nak beranak kat Razif kalau ada prob? Betul ke aku nak admit kat HTAR kalau ade prob? Macam mana aku nak g induksi bulan 5 nanti? Bole ke aku beranak normal?So aku pun google-google pasal masalah aku ni. Hasil daripada pengugelan aku, berikut adalah info-info yang aku dapat.
Placenta Previa ada 4 jenis:-
1) Type 1 : Uri terletak pada bahagian bawah rahim tetapi tidak sampai ke pangkal rahim
2) Type 2 : Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa
Note : Untuk Type 1 dan Type 2, ibu-ibu masih berpeluang untuk melahirkan anak secara normal kerana laluan servik tidak dihalang oleh uri.
3) Type 3 : Uri menutup separuh pangkal rahim.
4) Type 4 : Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Note : Untuk Type 3 & 4, kebiasaanya pesakit akan di admit di hospital kerana berdepan risiko tumpah darah, dan kelahiran pra-matang. Biasanya, anak akan dilahirkan melalui c-sect.
Masa borak2 dengan kakak opis aku, die mention die last pregnancy pon doktor declare palcenta previea Type 1 masa kandungan dah 8 bulan. Siap selamber boleh pegi ikut seminar dekat Langkawi, naik bas, naik feri, jalan-jalan lagi. Alhamdulillah masa bersalin ok je semua. Tapi die ade la cakap lepas 7 bulan tu, die kerap pegi berurut dengan bidan. Boleh jadi jugak sebab tu la die ok. Wallahuallam. Ibu & Mak mentua aku pon asek suh berurut. Kalau tanya doktor-doktor moden memang dorg x suggest la kan. Tapi kadang-kadang kita kena la ikthiar sekadar mana yang kita mampu. Tapi kena pastikan bidan urut tu yang betul-betul berpengalaman la. Jangan main bantai je g urut ngan tah sapa2.
Ada orang bagi tips, untuk naikan uri ni kena rajin-rajin amalkan surah Al-Hasyr::21. Lepas baca ayat ni, tiup pada tapak tangan dan usap kat perut. Perlu berdoa banyak-banyak jugak minta Allah swt permudahkan segalanya. After all, semua yang berlaku adalah di atas kuasa Allah. InsyaAllah lepas ni nak try amalkan. Semoga next scan 2 Mei ni uri kembali normal dan baby aku sihat walafiat. AMin.
Disebabkan hal ini jugak, husband aku x kasi datang Sarawak minggu ni. So terpakse kensel. Tapi da beli tiket untuk beliau balik next week sempena mengubat rindu sebelum pegi induksi.
No comments: