Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Working breastfeeding mom
Showing posts with label Working breastfeeding mom. Show all posts
Showing posts with label Working breastfeeding mom. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

Review susu Karihome
November 01, 2014 55 Comments
Sejak pregnant baby no dua ni, production susu aku semakin merudum. Stock ebm dalam peti pon dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Infact, Ayraa pon masa tu dah beberapa kali pau susu kakak ipar aku. Dah beberapa kali kenyang, and dah jadi anak susuan pon, Masa tu memang rase sedih susu kurang, tapi tak terpikir lak sebab pregnant. So satu hari tu lepas balik kerja, ibu aku mintak aku standby kan susu formula sebab kesian dekat Ayraa. Dengan berat hatinya, aku pon google la pasal susu yang sesuai untuk baby. 

Sebelum ni, aku selalu dengar yang susu kambing adalah susu kedua terbaik lepas susu ibu, Aku tekad, kalau nak bagi anak aku susu FM, aku akan usaha carikkan susu FM kambing walaupon harga dia lagi mahal dari susu lembu. Google punye google, tanya punya tanya, aku dapat lah kenal brand Karihome. Karihome ni setahu aku satu-satunya susu kambing yang sesuai untuk diminum oleh baby bawah setahun. Kebanyakkan susu kambing lain sesuai untuk baby setahun ke atas sahaja. Sebabnya ada sejenis molekul yang tak boleh dicernakan oleh baby. and dalam susu karihome, dorang da singkirkan molekul (x pasti la molekul ke apa) yang tak boleh dicerna baby tu. Satu-satu tempat yang aku tau ada jual susu ni masa tu adalah Aeon, Jusco. Setin kecik (400gram) harga RM52. Masa tu buat topup-topup je. So x la banyak sangat minumnya.

Tapi pada masa yang sama aku still breastfeed Ayraa. Cuma aku perasan bila tiap2 kali aku nyusukan Ayraa, macam rahim aku contract lepas tu rase x selesa. Bila aku inform doktor, doktor terus mintak aku stop breastfeed Ayraa sebab boleh sebabkan keguguran. Walaupon doktor gtau camtu, aku x fully stop bagi Ayraa. Mula-mula kurangkan bf, lepas tu selang-selang hari, sekejap bagi sekejap tak, pastu jadi 3 hari sekali, and lama-lama terus Ayraa pon dah takmau. Sebaik la dia tak tantrum nak gak menyusu. Infact, sekarang ni kalau aku nak bagi, die datang untuk gigit atau cium je pastu terus gelak-gelak lari g main. haha.

Dulu memang susah nak carik susu ni, tapi sekarang banyak tempat yang ada jual. Giant ada, Pharmacy biasa ada, Cosway Pharmacy ada, AEON big ada. Banyak tempat dah ada. Nak beli online pon ada banyak babystore yang jual. Tapi so far, yang paling murah aku jumpa dekat Cosway Pharmacy. Kalau Step 3 tu kat AEON RM104, aku dapat dekat dekat cosway dalam RM93.90 jr. RM10 jugak bezanya. Memang lepas dari tau tu, aku beli kat Cosway je. KAt giant pon aku tgk dalam RM95 x silap. Dekat AEON big RM98. Kalau sekarang, satu tin besar tu leh la tahan dalam seminggu lebih sket. Selalunya sebulan aku da beli siap-siap 4 tin standby kat rumah. Takot gaji tepeleot kang, sian pulak anak aku tak dapat nyusu. hehe

Kelebihan susu ni sangatlah banyak. First skali sangat senang nak lawas. Anak aku nak poo-poo memang senang sangat dan tak pernah kena sembelit. Second, yang paling obvious skali kulit Ayraa sangat lembut, putih & gebu. Susu ni memang bagus untuk baby2 yang ada eczema. Thirdly, takde la bau hamis ke apa pon. Ayraa sangat suka susu ni. Tapi depends budak jugak la, sebab anak sedara aku dua orang try susu ni terus taknak. Maybe sebab dorang da biasa minum susu Anmum / Dumex kot. Rasanya lain.

Aku memang suggest sangat untuk ibu-ibu bagi anak susu kambing. Banyak brand sekarang ni ada jual. Abaikan orang-orang lama yang suka buat muka pelik bila cakap anak kita minum susu kambing. Padahal susu kambing tu jauh lebih baik dari susu lembu.





Baby susu kambing, hee

Untuk keterangan lanjut pasal susu ni, and nak tau kat outlet mana yang ada jual, klik link ini:

http://www.karihome.com.my/


Reading Time:

Monday, 30 December 2013

Ayraa dah almost 6 bulan
December 30, 20130 Comments
Sekejap betul masa berlalu.. dalam sibuk-sibuk keje, sibuk event sane-sini, tup2 ayraa dah pon hampir 6 bulan.. Lagi 3 hari je lagi.. Alhamdulillah, dapat fully breastfeed Ayraa sampai sekarang.. Semangat gile countdown hari untuk Ayraa makan.. Last week, try introduce sket-sket makanan kat Ayraa.. Kalau ikutkan memang nak tunggu betul-betul sampai 6 bulan.. Tapi sebab 2 hb tu last day abi Ayraa bercuti dan ada ngan kitorg, kitorg kasi advanced la beberapa hari untuk bagi Ayraa makan.  First-first tu memang pelik je mukenye. Kumat kamit kerut-kerut mukenye. Tapi lama-lama uihh xleh lambat sket.. nanges! 

Muke feeling abes dapat mamam biskut beras

Anyway, cerita pasal breasfteed, memang syukur sangat, walaupon ummi Ayraa ni seorang yang malas nak mengepam, tapi rezeki untuk Ayraa tu sentiasa ada.. Kalau ikutkan, sehari kat opis paling-paling aku dapat bawak balik 2 botol penuh (5ml). Tu paling banyak la tu. Kalau time2 biasa, sebotol je. Tu pon kalau rajin. Kadang tu tersangat sibuk sampai x sempat nak pam. Da otw balik keje baru la mengepam. Kadang tu da sampai rumah baru dapat pam. Memang tak dinafikan, ada hari-hari tu Ayraa punye stok susu macam kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Kalau aku lambat sket balik, memang kene beli susu tepung la jawabnye, Tapi ntahla, rezeki Ayraa tu sentiasa cukup. Pandai pulak die bajet time nak menyusu tu supaya stock susu x abes. hehe



Kalau time pegi keje, sebelum keje tu biasanya aku pam sebotol. tu untuk Ayraa minum dalam pukul 8-9 camtu.. Pastu antara kol 9-5 petang tu biasanya Ayraa minum pukul 12 ngan pukul 3 petang.. Kalau aku balik on time, memang 3 botol je la sehari.. Kalau aku lambat sket, kol 6 lebih camtu, memang kene tambah la sebotol lagi.. Malam lak memang kadang2 aku smgt nak pam, tapi pam-pam susunya takde.. Sedih la jugak time2 camtu..

Cakap pasal milk booster pulak.. aku ni kalau ikut da bejuta kali consider nak beli shaklee.. Tapi aku pegang pada quote sape tah "Kalau minum booster bagai pn, kalau malas pam x gune juge".. So, cara aku nak pastikan susu tu ada, aku selalu la makan lobak putih.. pastu minum air begelen2. Tapi kadang2 x jugak. Tekak da kering pon x reti-reti nak amik air minum. Pastu tabiat aku ni kadang-kadang suke la nak tggu sampai breast tu penuh baru nak pam.. Konon-konon macam feel la sebab dapat banyak susu.. haha.. Nanti aku bagi resipi lobak putih ciptaan aku. Bile makan je susu mencurah-curah ke ladang gandum. =b

Selain lobak putih, aku ada gak try minum the milk story beli kat lunatots ngan twin baby. Aritu aku borong dekat Baby Expo. Nak kata betul-betul berkesan, x sure la.. Tapi yang pastinye kalau aku bedal skali 2 paket sekali bancuh baru terasa kesannya. Kalau salunye minum sepeket2.. Susu tu cam biasa je la.. Sekarang ni stock da abes, tengah consider nak sambung beli ke nak tukar lain. 

Taste-wise memang sedap. Dorang siap ada coklat bar bole makan untuk ensure production susu kalau ibu-ibu x sempat nak g makan.

Banyak lagi nak cerita sebenanye tapi next entry la k!



Reading Time:

@way2themes