Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Home Sweet Home
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

Home Decor : Study & Play Area Ayraa & Ammar
September 08, 20150 Comments

Sekali lagi berjaya mengelap habuk dari blog ni. Haha. Harini mood nak kongsi cerita kegigihan mendecor ringan-ringan ruang study & main Ayraa and Ammar. So aku ngan husband dah decide, kat area bawah adalah kawasan larangan mainan Ayraa ngan Ammar. Sebabnye, bila mainan tu kat bawah, memanjang la asek kene kemas dan rumah sentiasa bersepah. Jadi, husband aku tinggalkan 2,4 ketol je kat bawah, yang baki nye die bawak naik atas simpan bilik stor and letak sket kat study area.

Sebab hall tingkat atas tu masih kosong, aku decide nak guna area tu untuk anak-anak aku. Ala-ala playroom / studyroom la kekonon. So dengan termaktubnya niat suci aku ni, maka angan-angan suami aku untuk me'man-cave"kan kawasan ini sama sekali terkubur. kekeke.

Before : Segala mak nenek nak letak sini. Ni sempat la aku ngaleh sket kotak2 menan Ayraa. Kalau x penuh gak la area ni ngan barang-barang.

After : Nak cakap da fully siap tu x jugak. Jam yang sangat x matching tu aku x alihkan lagi. Tengah fikir nak deco dinding yang kosong tu dengan colorful flag banner / kanvas cufi / frame cecomel. Tengok la nanti macam mana
Semua barang beli dari IKEA & Mr Diy. Rak buku n buku-buku dapat skali masa beli Grolier. Setakat ni, ok la puas ati dah. Ayraa pon eksited dok sini. Cuma panas sebab takde kipas. haha. Tunggu la ummi ade bajet extra nanti ummi buh kipas ye Ayraa. Kekadang time nak mengajar die memalam tu, terpaksa angkat meja ngan kerusi masuk bilik sebab nak ekon. haha.


Reading Time:

Wednesday, 9 April 2014

Home Decor : Living Hall
April 09, 20140 Comments
Orang salu tanya aku, rumah aku yang aku x duduk tu aku sewakan ke? Sebab dorang tau husband aku still kat Sarawak & aku still duduk rumah ibu. Sebenananya, kitorg ni memang x pernah terpikir nak sewakan rumah kitorang tu, walaupon kitorg sangatlah jarang ada kat rumah. Kadang-kadang sebulan tu, ade la 2 hari je kat rumah. Melainkan time cuti sekolah, haa barulah rumah tu lama sket dihuni. Reason utama taknak sewakan ialah sebab sayang kan rumah baru. Kalau dapat penyewa pandai jaga takpe gak, tapi kalau dapat penyewa yang x reti jaga rete, uishh mau nangeh.. Lagi satu faktor, sebab suami aku kan cikgu. Kalau ujung taun tu, cuti punye la lama.. dekat dua bulan. Memang kesian la dia kalau sepanjang cuti tu kena dok umah ibu aku time aku g keje. Dia pon nak privacy gak kan..

Walaupon rumah tu takde orang duduk, tapi tuan rumah yang bersemangat waja nak menghias rumah (dengan harapan suami dapat pindah dalam masa terdekat) sejak awal lagi dapat kunci. First thing yang kitorg buat adalah cat dinding. Mula-mula ingatkan malas nak cat. Tapi macam dull pulak warna asal tu. Lalu masa cuti sekolah setaun lepas, aku pon kerahlah husband aku mengecat rumah. 






Final product selepas En husband berhempas pulas satu hari 

Mula-mula tu aku agak tension la gak dengan Nipon Momento ni. Warna yang aku pilih patutnya lebih gelap. Macam warna dalam catalog ni. 


Tapi Last-last jadi cam light pulak. Bila tanya orang kedai die cakap dalam catalog ni pakai banyak layer.. Mak aih kopak la den kalau nak buat banyak layer. Sebotol kecik tu je dah RM198. Da la nak cat punye la payah. Sian husband i.heee.. Tapi kitorg hentam je la labu. Light pon light la.. 


Ni area dining hall yang bergabung dengan living hall. Wall decor tu la yang aku gigih buat masa cuti bersalin dulu. sampai sekarang x touch up lagi comot-comot kat tepi tu. Haha. Lampu IKEA As-Is aku tu aku buh kat situ je dulu. Cermin mula-mula aku beli IKEA punye gak yang sekeping-sekeping tu. Last-last x jadi pasang sebab dinding rumah aku ni punye la susah nak drill. Nak buat lubang banyak2 mencacatkan je. Last-last beli je cermin tu kat kedai pakistan depan rumah. haha cermin IKEA dok dalam stor sampai sekarang.



Rumah aku sampai sekarang takde sofa. Memang kesian la tetamu yang datang rumah aku. Yang ada dua ketul armchair ni yang menjadi kegilaan aku dari sebelum ada rumah lagi. Husband lak lagi suka takde sofa sebab dia boleh golek-golek depan tv ngan anak aku. Tapi pasni aim memang nak beli sofa la. Tapi xtau sofa jenis camne yang match dengan armchair aku ni. Memang colour-block abes rumah aku. haha




Sejak Ayraa pandai merangkak ni, memang aku tolak tepi je la armchair ni. Hall memang kosong takde ape. Yang ada karpet dengan meja letak decoder Astro. huhu

Tak sabar nak ada duit nak menghias rumah lagi. Duit.... silalah turun dari langit dan terus masuk ke bank akaun ku!!

Reading Time:

Sunday, 9 June 2013

Home Sweet Home #2
June 09, 20130 Comments
Kembali memandu ke tempat kerja. Hubby da balik Sarawak semalam, so tiada lagi driver yang boleh hanta pegi kerja. Cuti sekolah ni macam-macam projek berjaya disetelkan. Rumah kosong kami dah kelihatan seperti rumah yang selesa untuk didiami (walaupon xde sofa lagi). Barang-barang penting macam TV, Peti Ais ngan Mesin Basuh dah dibeli. Langsir-langsir bilik yang asek tegendala nak digantung dah digantung. Dinding hall da bejaya di cat. Walaupon hampa sket, efek cat Nippon Momento x seperti yang ditunjukan dalam gambar. Warna totally lain. Da la mahal catnye untuk 1 Litre. Tapi xpe, masalah kecik je tu. Meja Makan da disusun dan didekokan. Tv da di lekat kat dinding. Sian jugak la kat hubby yang betungkus lumus nak mengecat, mendrill sorang-sorang. Tapi part cat tu aku ade tolong jugak la. Part lain aku tengok je sambil bagi arahan. hehehe

Cuti ni gak, 2 kali menawaf IKEA. Tapi yang second visit tu paling best la sebab 8.45 pagi da tepacak depan pintu. Kedai pon x bukak lagi. Punye la semangat nak menyopping. Lagipon petang tu hubby aku nak balik Sarawak. So memang kena cepatla sebab nak balik umah setelkan mana yang x setel lagi. Yang bagusnya datang awal ni, kita boleh dapat barang best dekat section As-Is pada harga yang murah. Tapi kena pandai pilih la. Semalam, masa lalu section As-Is dari luar, nampak floor lamp Not Floor Uplighter / Reading Lamp. So memang target kena cepat-cepat grab barang yang nak pastu terus pegi As-Is. Sampai-sampai, memang rezeki la lampur tu harga asal RM69 jadi RM38 je. Condition ok lagi, cume lampu tu dulu dorg wat display item. Xde masalah lain pn.

Hobby hubby aku yang suke pegi Cash Converter pn berguna jugak cuti-cuti ni sebab dia jumpa set pinggan IKEA Fargrik (New) yang memang aku da aim lama kat ctu. Harga RM59 untuk 13 pieces. Kurang 5 dari set asal. So smlm pegi la beli set yg terkurang tu, dan end up dapat satu set pada harga yang lagi murah dari harga asal. Puas Ati! 

Actually banyak lagi benda yang kena buat kat rumah tu. Kalau ikutkan hati, sume bende pn nak beli. Tapi sebab kena ikutkan poket, jadi bersyukur je la dengan apa yang ada sekarang. Anyway, aku da masuk 36 minggu ++. Kelmarin hubby ckp ni last die balik kitorg berdua. Pasni bertiga pulak. Tah apsal tah rase sedih plak dengar hubby ckp cmtu. Sedey kot kalau-kalau hubby x sempat nak temankan aku beranak nanti. Ya Allah, dekatkanlah kami, izinkanlah suami aku bersamaku ketika aku nak bersalin nanti. Amin.
Reading Time:

Sunday, 19 May 2013

Baby Dan Rumah
May 19, 20130 Comments
Semalam check up kat Hospital Razif. So far semuanya ok, cume dr suh makan banyak sebab berat badan turun 0.5 kilo. At 33 weeks, berat baby aku adalah 1.8 kilogram. X pasti la berat ni kire ideal ke x, tapi doktor cakap ok so aku pon ok je la. Maybe sebab aku gigih berinduksi last week, sebab tu kot berat turun sikit. Dr tanya aku jaga badan ke? haha soalan yang agak kelakar. Aku makan punya la bersungguh-sungguh. X sempat lapar anak aku. Tapi aku akui la, aku ni x suke makan ubat. Ubat obimin aku tu x penah abes pon. Makan bila terigt je which is like 2 minggu skali. Pasni aku berazam nak kena disiplin sket makan ubat demi kesejahteraan anakku. 

Beberapa hari ni mood mendeco rumah kembali dengan jayanya. Aku suke sangat la tengok blog I Heart Organizing. Memang dekorasi rumah idaman la. Dahla semuanya DIY. Colourful pulak tu. Kalau hubby aku kat sini, mesti semangat nak buat DIY sama-sama sebab die sangat suka benda-benda DIY ni. Anyway, harini sebab boring, kitorg decide jalan-jalan kat Setia Alam City Mall. Tujuan utama nye adalah nak pegi melawat TYPO sebab nak beli benda ala ini :-


Wooden Alphabet nak buat hiasan rumah. Walhal rumah kosong je pon. haha. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit =b


dan sebab beli barang kat atas tu, dapat la beli teatowel pada harga RM10 je. Macam-macam design ada aku pilih yang ni. Sebab teringat kat rumah ada frame IKEA yang x pakai kat loteng, aku decide nak framekan towel ni nak jadi wall deco kat dapur. Sebaik ngam-ngam saiz die. Pasni bangun tido je mesti x lupe bancuh kopi. ngahaha. 

Sekarang ni aku tengah dalam misi mencari US Designer Fabric (Cotton) untuk misi mendekorasi rumah & misi special project aku ngan hubby. Kalau dapat supplier yang jual wholesale lagi bagus. Aku gak tengah carik plain white canvas (without frame) untuk project DIY aku. Kat mana nak carik ea? Sapa tau mana nak carik silalah roger aku. Thank u.
Reading Time:

Thursday, 2 May 2013

Alhamdulillah
May 02, 20130 Comments
Alhamdulillah.. Kerisauan seminggu yang memuncak pada hari semalam dah pun berakhir. Smlm dr confirmkan yang keadaan uri aku da x ke bawah dan x halang laluan bersalin. Dengan kata lain, tiada lagi placenta previa type 1. Betapa leganya hati ni Allah swt je yang tau. Baby pon dalam keadaan yang normal. Berat sekarang dah 1.36 kilo. Despite org asek cakap perut aku kecik, dr cakap baby growth semuanya normal. 

Sebenanya perlu berterima kasih dekat jiran belakang rumah jugak. Sebab dia yang tolong urut perut aku this week. Hari selasa haritu makcik tu offer nak tolong urutkan sebab dia risau bila dengar uri kat bawah. Masa urut2 tu, dia cakap memang uri dekat bawah. Urutnya x sakit pon, siap rase sedap perut kene uli2. Angin-angin barat laut sume berjaya disisihkan dengan jayanya =b. Then semalam, sebelum pegi check up makcik tu datang lagi skali lepas subuh tolong urutkan. Masa tu makcik tu cakap bahagian bawah da kosong. InsyaAllah uri da x halang laluan. Alhamdulillah la betul kata makcik tu. 

Tapi semalam sebelum check up pukul 3.45 pagi tiba-tiba perut rasa sakit gila. Berguling-guling atas katil menahan sakit. Serious aku siap terpikir ni contraction nak beranak ke ape ni. Sampai bepeluh-peluh la menahan sakit. Pastu aku gagahkan diri, jalan pegi toilet dan bertapa dalam toilet tu lama jugak. Rupenye aku kena diarhea la pulak. Tapi kali ni over betul sakitnya. Masa check up tu dr bagi MC. So cuti la lagi aku semalam dengan perut yang memulas-mulas. 

Harini dah masuk ofis balik. Kalau isnin cuti, kiranya arini last la masuk ofis sebelum pegi induksi. Dari jadual yang aku tengok, macam compact gila je timing induksi. Start 5.30 pagi sampai la 11.15 malam. Pengsan la aku. huhu anyway, arini tepat pukul 5 nak cabut balik. Hubby ku pulang harini, and first time nak tido kat umah baru malam ni. 
Reading Time:

Monday, 22 April 2013

Antara shopping barang baby & shopping barang rumah?
April 22, 20130 Comments
Semalam adalah hari Ahad. Jadi seperti biasa, bila hujung minggu aku akan try spend masa dekat rumah baru aku. Tapi minggu ni, aku lepak secara berjemaah dengan ibu, adik, kakak ipar and anak buah aku. Plan asalnya, just nak landing-landing kat sana, main-main tenet, kemas-kemas apa-apa yang patot. Sampai-sampai je abes la semua barang-barang kawen dalam stor kitorg punggah. Mostly barang elektrik utk dapur la. Dari plan asal nak lepak-lepak, tibe2 terus bertukar plan untuk bersteamboat sebab terjumpe multipurpose cooker yang x penah guna itu.  


Steamboat tomyam air tangan kakak iparku. Aku tolong tuang air je dalam periuk. Sungguhlah x senonoh perangai tuan rumah ini. 

Lepas makan, kitorg susun la barang-barang letrik atas table top x berpintu kami itu (kasihan sungguh x cukup bajet nak buat cabinet) aku rasa macam serabutnya dapur takde rak / cabinet. Lantas, dek kerana nafsu, perasaan nak shopping barang rumah itu muncul secara tiba-tiba. Walaupun da bertegas kononnya gaji bulan 3 ke atas khusus utk baby sahaje. Ye la, kalau dibuatnya husband dapat pindah, bulan 6 ni InsyaAllah kami akan duduk rumah tu dan siap plan nak berpantang kat rumah baru sebab wak jawa yang repair rumah aku tu ckp pantang kat rumah baru nanti kok murah rejeki. Tapi masalahnya, rumah tu hanya ada set bilik tidur, meja makan, kitchen table top + stove (tong gas belum beli) dan peti ais kecik ehsan nenek aku. Banyakk sangat lagi barang-barang penting nak kene beli. Memang bunyik macam yakin dan perasan husband dapat transfer, tapi x kesahlah bak kata husband aku, kita kena yakin nanti mulut masin. Ye la tu =b.

Tapi dilemanya ialah, walaupon hati rasa meronta-ronta nak start engine dan bergerak ke IKEA sekarang, aku ni kena la sedar diri sket yang lagi 2 bulan dah nak beranak. Duit beranak pon x abes simpan lagi. Faham x perasaan aku? Macam wawawawa nak beli barang rumah, tapi pada masa yang sama  macam "hoi duit beranak dan medela FS ko tu nak beli pakai daun ke?".. Tapi tiap-tiap kali datang rumah cam asek rasa oh kena beli itu dan ini. Pastu last-last tension sebab rumah tu tetap macam tu je rupenye selepas beberapa bulan. haih. Sabar je la. Da la dua kali miss menang cabutan bertuah TV kat tempat keje.. kalau menang TV tu setel da satu masalah duniawi aku. muahaha. Atleast kalau husband dapat pindah (ye kena sebut banyak kali supaya makbul) xde la bosan duduk rumah takde tv. Part lain xde, aku ok lagi. Tapi kalau tv takde memang aku takkan la duduk rumah tu. mati kutu kot. Hurm, mungkin bole buat cadangan hadiah cabutan TV lagi sekali masa buat paperwork Majlis makan malam seminar pengembangan. Kekeke. Perasan bertuah lettew.
Reading Time:

Sunday, 14 April 2013

Home Sweet Home #1
April 14, 20130 Comments
Sejak dari kawen setaun yang lepas, aku ngan husband memang da mula memasang angan-angan nak duduk rumah sendiri walaupun secara faktanya, husband aku sekarang berkerja dekat Sarawak. Kitorg berpendapat, kalau nak tunggu confirm jawatan (oh aku start keje sebulan lepas kawen), nak tunggu husband dapat pindah, nak tunggu duit berkepuk-kepuk memang alamatnya, lama lagilah nak memiliki rumah sendiri. Ditambah pulak hobby aku ni dulu suka sangat survey harga rumah sekitar lembah klang ni. Memang x masuk akal, 2-3 bulan gap harga melambung naik sampai dekat 50K! Jadi usaha mencarik rumah diteruskan start bulan Mei 2012. Semua pelusuk rumah baru, rumah sub-sale kitorg dah tengok. Bahkan penah terlintas jugak nak beli rumah dekat Kuala Selangor betul-betul belakang skola tempat kami bertemu, cewah. Kononnya sebab tengah-tengah la senang nak balik umah ibu aku kat Klang, ngan mak mentua dekat Sg. Besar. Cita-cita memang nak sangat Semi-D setingkat sebab konon nak bercucuk tanam. Tapi lepas pikir punya pikir, gila ke ape nak suh aku ulang alik Kuala Selangor ke Shah Alam hari-hari? Pastu macam konpem je kan akan settle down kat ctu sebab keje gomen macam kitorg ni potensi berpindah-pindah adalah tinggi. Ditambah dengan pendapat ibu aku yang keluarkan statement "Umah ko ni 1-2 kilometer je dengan laut, Kalau lanun mendarat kang x ke bahaya??". Ok Foineeee.. So last-last kensel.

Nilah rumahnye. Dalam memang luas, laman pun luas, gate automatik, tapi ibu aku cakap rumah ni apsal macam kilang? hehe moden la ibu. moden.
Pencarian kami x berhenti disitu, 

Hasil menelaah mudah.my hari-hari, kitorg terjumpalah rumah idaman pada harga mampu milik. Semi-D 2 tingkat, subsale 35 x 85. Dah la setaman dengan umah ibu aku. Lepas riki-riki memang hati da terpaut, terus kontek agent, tengok-tengok rumah, maka bermulalah urusan jual beli. Tapi nak potong cerita, lepas je aku bayar booking, tggl nak topup untuk baki downpayment, tibe2 agent tu cakap proses jual beli x dapat diteruskan. Sebabnya, bila peguam korek2 file, rupenya owner ni dah kene declare bankrupt, so harta semua dibekukan. Sebaiklah agent tu pulang balik semua duit yg kitorg da bayar. Kalau x menangis x berlagu la. So lepas kejadian tu, memang dah nekad untuk say NO-NO to rumah subsale. Husband sampai da give up sekejap nak carik rumah.


Finally, pada suatu hari yang indah, kitorg pegilah jalan-jalan tengok rumah baru dekat Bandar Putera 2. Sebenarnye, rumah tu rumah first skali yang kitorg tengok masa start carik rumah tu. Last-last decide untuk pegi sales office yang dekat gila dengan umah ibu aku. Tanya punya tanya, tinggal lagi 2 bijik je kosong sebab org yang booking tu kene reject loan. Memandangkan rumah tu pun da 100% complete, kitorg pikir punye pikir, kitorg decide untuk beli. Masa booking tu bulan Oktober x silap aku. And alhamdulillah, pada 23 Januari 2013, kitorg dapat kunci rumah. Nilah syurga kami. Tapi sekarang da bulan April still belum duduk lagi. Tapi da isi la barang sikit-sikit tu pun ehsan dari ibu aku. Nak beli barang fulus da abes buat downpayment. Sebab kitorg dapat loan 85% je alasannya sebab aku baru keje, kitorg muda lagi, xde komitmen hutang, xde kad kedit, xde hutang kete. So dorg xleh check paymaster history kitorg. Pergh. Punya lah payah, igtkan lom ada hutang la senang nak beli rumah. 

Syurga baru kami. Semoga husband dapat pindah taun ni, leh la duduk rumah ni. Kalau husband dapat pindah, pantang pon nak kat rumah sini. 
Ni gambar masa baru dapat kunci la. Sekarang ni jiran-jiran aku gigih renovate. Umah aku je macam ni lagi. Jiran seblah kanan da siap tarik depan belakang, jiran seblah kiri da siap buh tembok ngan awning. Nanti entry lain aku cite pasal deko-deko lak kalau da ada progress. 
Reading Time:

@way2themes