Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): diy project
Showing posts with label diy project. Show all posts
Showing posts with label diy project. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Design Kad Aqiqah Ammar Khalish
March 10, 20151 Comments

Alhamdulillah dah abes pantang. Sekarang keje dok rumah je la.. Nak kuar sangat kene tunggu abi balik keje sebab nak kene angkut 2 baby macam susah pulak.. Sebab banyak masa terluang semalam, dok design lah kad jemputan kenduri aqiqah Ammar ujung bulan ni. Dulu masa Ayraa semangat buat kad, bila time Ammar ni kad tak buat Wan dah sibuk tanya-tanya mana kad. Semalam buat la kad express ni. Gune power point je. Hasilnya TadAAaa~~


Design kad ni sebab nak express, tiru sket-sket Ayraa punye. Template Ayraa dulu dalam pendrive malas nak carik. Google banner ngan icon..tepek2 je.. siap.. bukan susah pon hehe..



Dua da anak aku ye...huk3

Reading Time:

Wednesday, 9 April 2014

Home Decor : Living Hall
April 09, 20140 Comments
Orang salu tanya aku, rumah aku yang aku x duduk tu aku sewakan ke? Sebab dorang tau husband aku still kat Sarawak & aku still duduk rumah ibu. Sebenananya, kitorg ni memang x pernah terpikir nak sewakan rumah kitorang tu, walaupon kitorg sangatlah jarang ada kat rumah. Kadang-kadang sebulan tu, ade la 2 hari je kat rumah. Melainkan time cuti sekolah, haa barulah rumah tu lama sket dihuni. Reason utama taknak sewakan ialah sebab sayang kan rumah baru. Kalau dapat penyewa pandai jaga takpe gak, tapi kalau dapat penyewa yang x reti jaga rete, uishh mau nangeh.. Lagi satu faktor, sebab suami aku kan cikgu. Kalau ujung taun tu, cuti punye la lama.. dekat dua bulan. Memang kesian la dia kalau sepanjang cuti tu kena dok umah ibu aku time aku g keje. Dia pon nak privacy gak kan..

Walaupon rumah tu takde orang duduk, tapi tuan rumah yang bersemangat waja nak menghias rumah (dengan harapan suami dapat pindah dalam masa terdekat) sejak awal lagi dapat kunci. First thing yang kitorg buat adalah cat dinding. Mula-mula ingatkan malas nak cat. Tapi macam dull pulak warna asal tu. Lalu masa cuti sekolah setaun lepas, aku pon kerahlah husband aku mengecat rumah. 






Final product selepas En husband berhempas pulas satu hari 

Mula-mula tu aku agak tension la gak dengan Nipon Momento ni. Warna yang aku pilih patutnya lebih gelap. Macam warna dalam catalog ni. 


Tapi Last-last jadi cam light pulak. Bila tanya orang kedai die cakap dalam catalog ni pakai banyak layer.. Mak aih kopak la den kalau nak buat banyak layer. Sebotol kecik tu je dah RM198. Da la nak cat punye la payah. Sian husband i.heee.. Tapi kitorg hentam je la labu. Light pon light la.. 


Ni area dining hall yang bergabung dengan living hall. Wall decor tu la yang aku gigih buat masa cuti bersalin dulu. sampai sekarang x touch up lagi comot-comot kat tepi tu. Haha. Lampu IKEA As-Is aku tu aku buh kat situ je dulu. Cermin mula-mula aku beli IKEA punye gak yang sekeping-sekeping tu. Last-last x jadi pasang sebab dinding rumah aku ni punye la susah nak drill. Nak buat lubang banyak2 mencacatkan je. Last-last beli je cermin tu kat kedai pakistan depan rumah. haha cermin IKEA dok dalam stor sampai sekarang.



Rumah aku sampai sekarang takde sofa. Memang kesian la tetamu yang datang rumah aku. Yang ada dua ketul armchair ni yang menjadi kegilaan aku dari sebelum ada rumah lagi. Husband lak lagi suka takde sofa sebab dia boleh golek-golek depan tv ngan anak aku. Tapi pasni aim memang nak beli sofa la. Tapi xtau sofa jenis camne yang match dengan armchair aku ni. Memang colour-block abes rumah aku. haha




Sejak Ayraa pandai merangkak ni, memang aku tolak tepi je la armchair ni. Hall memang kosong takde ape. Yang ada karpet dengan meja letak decoder Astro. huhu

Tak sabar nak ada duit nak menghias rumah lagi. Duit.... silalah turun dari langit dan terus masuk ke bank akaun ku!!

Reading Time:

Tuesday, 10 September 2013

Home Decor : DIY Wood panel wall decor
September 10, 20130 Comments
Aku rasa aku ni macam seorang yang berseni. Cewah. Boleh pulak rasa-rasa sendiri. =b. Aku suka imagine nak buat benda-benda hiasan rumah sendiri. Nak buat macam tulah..macam ni lah.. Dan x disangka-sangka, angan-angan aku tu berjaya pulak dilaksanakan. Ye la, cuti bersalin pegi amik sampai 3 bulan, banyak la masa-masa terluang kan. So projek pertama yang berjaya aku siapkan adalah wood panel untuk hias kat dinding rumah. Nak beli cufica art macam mahal. Buat sendiri je la. Tapi lain yang di plan lain lak hasilnya. 

Start from scratch





Siap sudah dicolour

Hasil akhir

Plan asal nak tulis Allah Muhammad tapi x jadi sebab malas..heee
Agak  puas hati jugak dengan hasilnya,. Tetamu-tetamu yang datang pn ramai berkenan. Kalau sapa2 nak tempah bolehlah contact aku. Rasa macam nak menjual pulak. =)
Reading Time:

@way2themes