Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): IKEA
Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

Home Decor : Study & Play Area Ayraa & Ammar
September 08, 20150 Comments

Sekali lagi berjaya mengelap habuk dari blog ni. Haha. Harini mood nak kongsi cerita kegigihan mendecor ringan-ringan ruang study & main Ayraa and Ammar. So aku ngan husband dah decide, kat area bawah adalah kawasan larangan mainan Ayraa ngan Ammar. Sebabnye, bila mainan tu kat bawah, memanjang la asek kene kemas dan rumah sentiasa bersepah. Jadi, husband aku tinggalkan 2,4 ketol je kat bawah, yang baki nye die bawak naik atas simpan bilik stor and letak sket kat study area.

Sebab hall tingkat atas tu masih kosong, aku decide nak guna area tu untuk anak-anak aku. Ala-ala playroom / studyroom la kekonon. So dengan termaktubnya niat suci aku ni, maka angan-angan suami aku untuk me'man-cave"kan kawasan ini sama sekali terkubur. kekeke.

Before : Segala mak nenek nak letak sini. Ni sempat la aku ngaleh sket kotak2 menan Ayraa. Kalau x penuh gak la area ni ngan barang-barang.

After : Nak cakap da fully siap tu x jugak. Jam yang sangat x matching tu aku x alihkan lagi. Tengah fikir nak deco dinding yang kosong tu dengan colorful flag banner / kanvas cufi / frame cecomel. Tengok la nanti macam mana
Semua barang beli dari IKEA & Mr Diy. Rak buku n buku-buku dapat skali masa beli Grolier. Setakat ni, ok la puas ati dah. Ayraa pon eksited dok sini. Cuma panas sebab takde kipas. haha. Tunggu la ummi ade bajet extra nanti ummi buh kipas ye Ayraa. Kekadang time nak mengajar die memalam tu, terpaksa angkat meja ngan kerusi masuk bilik sebab nak ekon. haha.


Reading Time:

Sunday, 9 June 2013

Home Sweet Home #2
June 09, 20130 Comments
Kembali memandu ke tempat kerja. Hubby da balik Sarawak semalam, so tiada lagi driver yang boleh hanta pegi kerja. Cuti sekolah ni macam-macam projek berjaya disetelkan. Rumah kosong kami dah kelihatan seperti rumah yang selesa untuk didiami (walaupon xde sofa lagi). Barang-barang penting macam TV, Peti Ais ngan Mesin Basuh dah dibeli. Langsir-langsir bilik yang asek tegendala nak digantung dah digantung. Dinding hall da bejaya di cat. Walaupon hampa sket, efek cat Nippon Momento x seperti yang ditunjukan dalam gambar. Warna totally lain. Da la mahal catnye untuk 1 Litre. Tapi xpe, masalah kecik je tu. Meja Makan da disusun dan didekokan. Tv da di lekat kat dinding. Sian jugak la kat hubby yang betungkus lumus nak mengecat, mendrill sorang-sorang. Tapi part cat tu aku ade tolong jugak la. Part lain aku tengok je sambil bagi arahan. hehehe

Cuti ni gak, 2 kali menawaf IKEA. Tapi yang second visit tu paling best la sebab 8.45 pagi da tepacak depan pintu. Kedai pon x bukak lagi. Punye la semangat nak menyopping. Lagipon petang tu hubby aku nak balik Sarawak. So memang kena cepatla sebab nak balik umah setelkan mana yang x setel lagi. Yang bagusnya datang awal ni, kita boleh dapat barang best dekat section As-Is pada harga yang murah. Tapi kena pandai pilih la. Semalam, masa lalu section As-Is dari luar, nampak floor lamp Not Floor Uplighter / Reading Lamp. So memang target kena cepat-cepat grab barang yang nak pastu terus pegi As-Is. Sampai-sampai, memang rezeki la lampur tu harga asal RM69 jadi RM38 je. Condition ok lagi, cume lampu tu dulu dorg wat display item. Xde masalah lain pn.

Hobby hubby aku yang suke pegi Cash Converter pn berguna jugak cuti-cuti ni sebab dia jumpa set pinggan IKEA Fargrik (New) yang memang aku da aim lama kat ctu. Harga RM59 untuk 13 pieces. Kurang 5 dari set asal. So smlm pegi la beli set yg terkurang tu, dan end up dapat satu set pada harga yang lagi murah dari harga asal. Puas Ati! 

Actually banyak lagi benda yang kena buat kat rumah tu. Kalau ikutkan hati, sume bende pn nak beli. Tapi sebab kena ikutkan poket, jadi bersyukur je la dengan apa yang ada sekarang. Anyway, aku da masuk 36 minggu ++. Kelmarin hubby ckp ni last die balik kitorg berdua. Pasni bertiga pulak. Tah apsal tah rase sedih plak dengar hubby ckp cmtu. Sedey kot kalau-kalau hubby x sempat nak temankan aku beranak nanti. Ya Allah, dekatkanlah kami, izinkanlah suami aku bersamaku ketika aku nak bersalin nanti. Amin.
Reading Time:

@way2themes