Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Baby Check-up
Showing posts with label Baby Check-up. Show all posts
Showing posts with label Baby Check-up. Show all posts

Monday, 23 March 2015

Al-kisah Baby Ammar Khalish
March 23, 20151 Comments
Ammar memang banyak beza dengan kakak Ayraa. Ayraa jenis banyak tido and kurang meragam masa baby. Ammar jenis clingy and kadang-kadang cranky. Kadang-kadang kalau Ammar nanges, mengelabah ummi ngan abi dibuatnya. Ayraa kalau kene inject, boleh selamber ayam je tido. Yang Ammar pulak, mau satu hospital dengar sore die jerit. Ayraa kulitnya putih melepak ikut onyang. Ammar kulit gelap sikit ikut arwah atuk. Muka Ammar pon sama sangat dengan muka arwah atuk.  Anak oh anak.. Macam-macam ragam. hehe

Ammar masa lahir, abi x sempat tengok. Sebab Ammar keluar tersangat senang sampai aku x percaya da beranak dah pun. Tapi masa Ammar keluar, kesian sangat. Sebab tali pusat terbelit sangat ketat, dan Ammar dah stress and dah berak dalam perut. Doktor pon cepat-cepat nak keluarkan Ammar sebab Ammar dah biru. Bila Ammar keluar, memang terkejut tengok sebab muka Ammar terlalu biru. Kesan lebam kat muka Ammar kekal sampai almost 5 hari. Semua orang yg tgk macam tekejut tgk baby biru. Aku cakap kat abi muka Ammar macam smurf. Abi bantah. Die cakap muka Ammar biru macam Avatar. haha. Ok sempat melawak pulak. 

Ammar Day 1 
Ayraa Day 1

Tapi alhamdulillah Ammar sihat walafiat. Biru-biru tu kesan pressure. Pembuluh darah pecah sebab belitan kuat. Tapi doktor cakap nasib baik beranak cepat. Kalau x baby boleh lemas. Masa Ammar keluar, berat Ammar 3.1 kg. Macam kakak Ayraa, beberapa hari lepas keluar hospital, Ammar kene jaundice and warded. 

Day 5, warded

Ammar sangat kuat menyusu. Hari kedua dan ketiga terpaksa topup bagi susu formula sebab die nanges x berhenti. Masa tu pelik sangat sebab dah breastfeed die berejam-rejam. Tapi menanges tak henti. Bila cuba pam, rupanya susu ade setitik dua je. Kesian 2 hari kelaparan. Menanges x henti siang malam. Ummi nye konfiden betul susu ada sebab bila picit ada. Rupenye setitik dua yang dipicit tu je la ade. Tapi lepas tu, susu mula banyak & Ammar continue bf. 



Harini check up 2 bulan. Berat Ammar dah 5.9 kg. Patot la ummi da x larat dukung seblah tangan. Semoga Ammar membesar jadi anak yang soleh ye sayang. Ummi, Abi and Kakak Ayraa love u so much. 




Reading Time:

Sunday, 19 May 2013

Baby Dan Rumah
May 19, 20130 Comments
Semalam check up kat Hospital Razif. So far semuanya ok, cume dr suh makan banyak sebab berat badan turun 0.5 kilo. At 33 weeks, berat baby aku adalah 1.8 kilogram. X pasti la berat ni kire ideal ke x, tapi doktor cakap ok so aku pon ok je la. Maybe sebab aku gigih berinduksi last week, sebab tu kot berat turun sikit. Dr tanya aku jaga badan ke? haha soalan yang agak kelakar. Aku makan punya la bersungguh-sungguh. X sempat lapar anak aku. Tapi aku akui la, aku ni x suke makan ubat. Ubat obimin aku tu x penah abes pon. Makan bila terigt je which is like 2 minggu skali. Pasni aku berazam nak kena disiplin sket makan ubat demi kesejahteraan anakku. 

Beberapa hari ni mood mendeco rumah kembali dengan jayanya. Aku suke sangat la tengok blog I Heart Organizing. Memang dekorasi rumah idaman la. Dahla semuanya DIY. Colourful pulak tu. Kalau hubby aku kat sini, mesti semangat nak buat DIY sama-sama sebab die sangat suka benda-benda DIY ni. Anyway, harini sebab boring, kitorg decide jalan-jalan kat Setia Alam City Mall. Tujuan utama nye adalah nak pegi melawat TYPO sebab nak beli benda ala ini :-


Wooden Alphabet nak buat hiasan rumah. Walhal rumah kosong je pon. haha. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit =b


dan sebab beli barang kat atas tu, dapat la beli teatowel pada harga RM10 je. Macam-macam design ada aku pilih yang ni. Sebab teringat kat rumah ada frame IKEA yang x pakai kat loteng, aku decide nak framekan towel ni nak jadi wall deco kat dapur. Sebaik ngam-ngam saiz die. Pasni bangun tido je mesti x lupe bancuh kopi. ngahaha. 

Sekarang ni aku tengah dalam misi mencari US Designer Fabric (Cotton) untuk misi mendekorasi rumah & misi special project aku ngan hubby. Kalau dapat supplier yang jual wholesale lagi bagus. Aku gak tengah carik plain white canvas (without frame) untuk project DIY aku. Kat mana nak carik ea? Sapa tau mana nak carik silalah roger aku. Thank u.
Reading Time:

Thursday, 2 May 2013

Alhamdulillah
May 02, 20130 Comments
Alhamdulillah.. Kerisauan seminggu yang memuncak pada hari semalam dah pun berakhir. Smlm dr confirmkan yang keadaan uri aku da x ke bawah dan x halang laluan bersalin. Dengan kata lain, tiada lagi placenta previa type 1. Betapa leganya hati ni Allah swt je yang tau. Baby pon dalam keadaan yang normal. Berat sekarang dah 1.36 kilo. Despite org asek cakap perut aku kecik, dr cakap baby growth semuanya normal. 

Sebenanya perlu berterima kasih dekat jiran belakang rumah jugak. Sebab dia yang tolong urut perut aku this week. Hari selasa haritu makcik tu offer nak tolong urutkan sebab dia risau bila dengar uri kat bawah. Masa urut2 tu, dia cakap memang uri dekat bawah. Urutnya x sakit pon, siap rase sedap perut kene uli2. Angin-angin barat laut sume berjaya disisihkan dengan jayanya =b. Then semalam, sebelum pegi check up makcik tu datang lagi skali lepas subuh tolong urutkan. Masa tu makcik tu cakap bahagian bawah da kosong. InsyaAllah uri da x halang laluan. Alhamdulillah la betul kata makcik tu. 

Tapi semalam sebelum check up pukul 3.45 pagi tiba-tiba perut rasa sakit gila. Berguling-guling atas katil menahan sakit. Serious aku siap terpikir ni contraction nak beranak ke ape ni. Sampai bepeluh-peluh la menahan sakit. Pastu aku gagahkan diri, jalan pegi toilet dan bertapa dalam toilet tu lama jugak. Rupenye aku kena diarhea la pulak. Tapi kali ni over betul sakitnya. Masa check up tu dr bagi MC. So cuti la lagi aku semalam dengan perut yang memulas-mulas. 

Harini dah masuk ofis balik. Kalau isnin cuti, kiranya arini last la masuk ofis sebelum pegi induksi. Dari jadual yang aku tengok, macam compact gila je timing induksi. Start 5.30 pagi sampai la 11.15 malam. Pengsan la aku. huhu anyway, arini tepat pukul 5 nak cabut balik. Hubby ku pulang harini, and first time nak tido kat umah baru malam ni. 
Reading Time:

Saturday, 20 April 2013

Its a .......!!!
April 20, 20130 Comments
Kalau semalam aku check up dekat Klinik kesihatan, harini adalah hari appoinment dengan Dr dekat Hospital Razif, tempat aku plan nak bersalin. Patotnya da set appoinment dengan Razif, xyah g KK pon xpe. Tapi sebab nurse tu aritu call aku tanya apsal x datang appoinment, and kalau xnak datang dorang nak tutup file, aku rasa cam eh ok ok next week saya datang. Xpe la kot check dua-dua klinik at least leh counter kekurangan salah satu dr / nurse. Kalau dekat KK, aku rasa nurse-nurse dia check sangatlah detail. Siap ukur, tanya itu ini, bagi injection tetanus dll. Tak macam nurse kat Hospital Razif, diorg tanya ala kadar je. Paling-paling timbang, check BP pastu tanya ada masalah ke x then jumpa dr. Tapi kalau kat KK pulak, Dr die macam kurang mesra alam. Tanya ala kadar. Scan pon tak. X macam dr dekat Hospital Razif yang rata-rata peramah, cakap lemah lembut, scan elok-elok and detail die explain. Maybe sebab faktor usia jugak kot. Nurse kat KK banyak nurse lama, while Dr dekat Hospital Razif ramai yang senior and pakar. Vice versa. So nothing to loose la kan. Cume tahap kesabaran selalu diuji la kalau g KK ni. Salunye 3-4 jam gak la baru setel. 

Jadi, harini genaplah kandungan aku berusia 29 minggu 1 hari. Sepanjang 29 minggu ni, tiap2 kali scan memang baby aku sangatlah pemalu. So da 7 bulan pon still x tau jantina apa. Last check up baby aku tengah songsang. So masa check up tadi aku doa banyak-banyak mintak2 baby aku da turun. Alhamdulillah, doktor cakap baby aku sihat. Da turun dan dalam keadaan normal. Masa scan tadi, first time aku rasa macam nak menangis sebab aku rase jelas sangat nampak bentuk muka, pipi dia, jantung comel die. Baby lak masa tu macam tengah pandang kamera sambil hisap jari. Awww.. comel. Pastu dr scan-scan jeng3.. Nampak la jantina baby aku.. Betul la jangkaan semua orang termasuk aku, yang anak aku insyaAllah baby GIRL! heee bole la start shopping baju kiut-kiut. 




Next Tuesday ada check up lagi dekat KK. Hopefully xde la masalah dengan kandungan gula aku. Btw, x sabarnya nak terbang jumpa suami tercinta Jumaat ni. Semoga Allah permudahkan la perjalanan aku naik flight minggu ni, Surat dr da siap, harap-harap FA bagi aku naik. Kalau x 2 bulan la x jumpa suami aku. Rindu tau x...
Reading Time:

@way2themes