Alhamdulillah - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Thursday, 2 May 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Kerisauan seminggu yang memuncak pada hari semalam dah pun berakhir. Smlm dr confirmkan yang keadaan uri aku da x ke bawah dan x halang laluan bersalin. Dengan kata lain, tiada lagi placenta previa type 1. Betapa leganya hati ni Allah swt je yang tau. Baby pon dalam keadaan yang normal. Berat sekarang dah 1.36 kilo. Despite org asek cakap perut aku kecik, dr cakap baby growth semuanya normal. 

Sebenanya perlu berterima kasih dekat jiran belakang rumah jugak. Sebab dia yang tolong urut perut aku this week. Hari selasa haritu makcik tu offer nak tolong urutkan sebab dia risau bila dengar uri kat bawah. Masa urut2 tu, dia cakap memang uri dekat bawah. Urutnya x sakit pon, siap rase sedap perut kene uli2. Angin-angin barat laut sume berjaya disisihkan dengan jayanya =b. Then semalam, sebelum pegi check up makcik tu datang lagi skali lepas subuh tolong urutkan. Masa tu makcik tu cakap bahagian bawah da kosong. InsyaAllah uri da x halang laluan. Alhamdulillah la betul kata makcik tu. 

Tapi semalam sebelum check up pukul 3.45 pagi tiba-tiba perut rasa sakit gila. Berguling-guling atas katil menahan sakit. Serious aku siap terpikir ni contraction nak beranak ke ape ni. Sampai bepeluh-peluh la menahan sakit. Pastu aku gagahkan diri, jalan pegi toilet dan bertapa dalam toilet tu lama jugak. Rupenye aku kena diarhea la pulak. Tapi kali ni over betul sakitnya. Masa check up tu dr bagi MC. So cuti la lagi aku semalam dengan perut yang memulas-mulas. 

Harini dah masuk ofis balik. Kalau isnin cuti, kiranya arini last la masuk ofis sebelum pegi induksi. Dari jadual yang aku tengok, macam compact gila je timing induksi. Start 5.30 pagi sampai la 11.15 malam. Pengsan la aku. huhu anyway, arini tepat pukul 5 nak cabut balik. Hubby ku pulang harini, and first time nak tido kat umah baru malam ni. 

No comments:

@way2themes