Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Motherhood. Ayraa Sofea
Showing posts with label Motherhood. Ayraa Sofea. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Ayraa Sofea. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

Happy Birthday En Hubby!
November 01, 20141 Comments
Perghh bersarang sudah blog ini. Bukan sebab busy sangat sampai takde masa nak berblog, tapi semua disebabkan darjah kemalasan yang sungguh menebal. hihi

Btw, harini harijadi Husband aku. Harini jugak result eg-tukar keluar. Memang seperti yang dijangka, PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN tu muncul kat skrin. Keji la KPM, kasi la hadiah hari jadi terbaik kat suami aku. Ni tak, da 4 taun setengah terpaksa bertapa dekat Betong nun.Macam kitorg takde keluarga pulak. haih sabar je la. Tapi, apa-apa pon, selamat hari jadi suami saye. Love u so much!



Btw, Esok Ayraa pon dah genap Setahun empat bulan. Tengah banyak akal sekarang, macam-macam perangai baru die buat setiap hari. Semakin hari semakin licik. Dah pandai rindu kat abi dia. Kalau video call tu sekejap je gelak. Lepas tu pandai buat muka monyok macam merajuk kat abi dia. In term of word pulak, baru boleh cakap sikit-sikit. Kalau nak susu tu pandai mintak "nak milk", "taknak", "kakak", and pandai sangat tiru iklan kat tv. Kadang-kadang tu tekeluar jugak pekataan-pekataan yang kalau suh die repeat balik, sampai kesudah la menunggu. contohnya : Sakit. 

Kalau ikutkan, cerita terbaru banyak sangat nak certia tapi malas nak menaip. Cuma yang paling latest yang boleh dikongsi adalah berita yang dah 6 bulan lebih jugak la iaitu.....


hehehe Ayraa nak dapat adik! InsyaAllah bulan 1/2 ni Ayraa jadi kakak. Nanti aku cerita lanjut pasal pregnancy kalini and macam mana dapat tau. Kalau kat KK tu, nurse tu suka la cakap aku "eksiden". Padahal memang kitorg jenis nak anak no 1 n 2 rapat. So bila dapat tau aku preggy lagi memang Happy sesangat lah! Doakan aku selamat melahirkan anak kedua ni ye. Amin.

Reading Time:

Thursday, 3 April 2014

Ayraa 9 Bulan
April 03, 20140 Comments
Perbualan siang tadi kat Pantry:-

Pakcik M    : Assalamualaikum puann, anak puan sihat?
Aku           : Alhamdulillah sihat...
Pakcik M    : Dah berapa bulan yer anak puan? Ade 3 nak masuk 4 x?
Aku           : Ehhh da masuk 9 Bulan la pakcik.. Semalam genap 9 bulan
Pakcik M     : Ehh iye ke? sekejap nye da nak dekat setaun ye.. rase baru lagi                    cuti bersalin

Pejam celik pejam celik Ayraa da masuk 9 bulan dah. Ummi die pon cam x caye je da 9 bulan jaga Ayraa.. Sekejap betul masa berjalan.. Kang tau2 da setaun.. Tau2 da bejalan..Tau2 da sekola.. huuu sayang Ayraa jangan besar terlampau cepat yer. Nanti ummi rindu nak bau baby..

Btw, arini nak cerita pasal progress Ayraa.. Setakat ni, Ayraa da bole merangkak tapi malas ya amat. Bile nak laju je. Terus ngensot. Malas pakai lutut. Die da pandai panjat nak berdiri gak. Lagi satu Ayraa pon dah pandai mengajuk apa yang kita buat. Contohnye sekarang da pandai main kenyit mata..buat mulut muncung.. lambai2 bile org cakap babai. Tapi satu yang masih sama, Ayraa still baby yang x banyak karenah.. Letak la umah sape pon, die ok je x meragam.. Pagi2 sebelum pegi keje salunya aku pesan kat dia:

"Ayraa jangan notty ye arini.. Jangan lasak-lasak nanti wan penat nak jaga.. Ayraa tido je, petang nanti ummi balik kite main sama-sama yer" 

Dan macam dia paham (xtau la baby memang paham ke atau kebetulan je) setiap kali aku pesan camtu, mesti Ayraa tido je sepanjang hari. Bangun utk makan dan minum susu. Pastu tido lagi sampai la aku balik keje. Malam tu ready la die start melasakkan diri balik. Kadang-kadang bila mak aku x dapat jaga Ayraa, dorang hanta Ayraa kat rumah nenek aku. Ayraa punyalah sayang kat nenek aku sampai kadang-kadang aku nak bawak balik die takmau. Peluk je nenek aku. Dan macam dia tau-tau nenek aku da tua dan x larat nak dukung dia, dia duduk diam je ngan nenek aku. X merangkak ke mengirai ke. Dok diam je. Nenek aku pon sampai sayang sangat kat Ayraa sampaikan cakap pasni kalau Wan xnak jaga, biar nenek je yang jaga. Good girl sangat anak ummi ni (ok. macam puji sendiri tp who care memang Ayraa sangat baik).

Aku doa je kat Allah, mintak-mintak Ayraa behave macam ni sampai la bila-bila.. Senang la sket nanti nak menambah adik. EH?hehe







Reading Time:

Tuesday, 18 February 2014

Kehidupan perlu diteruskan
February 18, 20140 Comments
Kehidupan adalah sangat hectic ketika ini. Sibuk dengan kerja yang tak pernah sudah. Tapi harini tenang sket la sebab bos takde kerja-kerja yang urgent da disetelkan. Staf baru pon semakin cekap buat kerja so takde la stress sangat nak kene buat semua benda. 

Anyway, harini Ayraa Sofea da berusia 7 bulan 17 hari. Masih breastfeed walaupon stock susu semakin berkurang. Aku rase kene mentally prepared yang aku terpakse readykan stock susu formula kat rumah sebab susu aku dah x mampu nak bagi Ayraa survived whole day sebab da beberapa kali insiden susu habes & Ayraa terpakse minum susu kakak iparku. Owh mayn. Kesian. Walaupon Ayraa da start makan, tapi sekarang dengan badan beliau yang bersize budak 2 taun, memang ummi kene effort lebih la nak mengepam. Tapi yang frustnya, pam-pam keluar angin je. Haih. 

Bulan ni jugak bulan sakit aku. Bukan sakit badan, tapi sakit poket. Awal bulan aritu kene hidupkan road tax & insuran, last week kene tukar timing belt, kelmarin kete aku brake rosak lepas tu aku pinjam kete ibu aku yang baru kuar bengkel cat 2 hari, lepas tu aku boleh terlanggar kete orang masa kat trefik light sebab aku tertido. Nasib baik la kete CAMRY tu xde pape. Kete mak aku pulak bonet tejongket. Total damage? RM500 jugak la.. huuuu.. Nampak x betapa hecticnya kehidupan aku sebab bole memandu sambil tido? Pfttttt...

Nasib baik la aku da start balik online business aku warnacloset. Alhamdulillah sambutan setakat ni ok. Walaupon x kencang tapi berjalan la jugak. Nak cakap untung banyak, still biasa-biasa je la sebab modal besar jugak. Doa kan la business aku kali ni berjaya. Kalau bejaya leh la aku benti keje jaga anak dan bisnes je. haha angan2.

Husband aku lak dah 15 hari x jumpa. Rindu nye Allah je la yang tau. Next week baru bole jumpa. Ingatkan nak buat suprise sempena anniversary aku yang ke2 taun awal bulan 3 ni. Tapi tengok la bajet nanti. Duit gaji aku semua da ade tuannya. huu. Murahkan lah rezeki kami ya Allah. 


My baby bam-bam


Reading Time:

Monday, 29 July 2013

Pengalaman Bersalinku
July 29, 20130 Comments
Ayraa tengah syok tido. Adalah masa nak update pengalaman bersalinkan Ayraa. Alhamdulillah aku dapat bersalin normal tapi dr terpaksa gunakan bantuan vacuum. Alhamdulillah jugak aku berjaya tak mintak epidural dan dapat rasa sakit beranak yang orang salu cite tu. Mehla aku buat kronologi sikit buat senang paham.


29 June 2013 (Sabtu)

Last check up aku masa tu dah 39 minggu 1 hari. Time tu hubby balik cuti hujung minggu so dapatlah dia temankan pegi check up. Masa tu aku da risau pk bile la nak bersalin ni, kalau boleh time hubby aku ada ni la aku nak bersalin. Hari tu jugak Dr decide nak buat VE. Last week Dr offer nak buat tapi aku xnak sbb x rasa sakit pape pon lagi. This week, aku redha je sebab memikirkan banyak faktor dan salah satunya perjalanan hubby aku ulang alik tiap2 minggu sebab aku x bersalin-salin. Dengan masa, jarak rumah dia nak ke airport je da 4 jam, duit tiket flight yang terbang everyweek, dll. So bile Dr check, tup-tup dr mentioned bukaan aku da 2 cm.  Dr tanya aku ada sakit ke, aku cakap xde rasa ape2 langsung tapi perut aku memang keras 2 minggu ni. Kekerapan die mengeras tu dalam 10 minit sekali. Then Dr cakap, tu contraction la tu. Cuma ada org rasa sakit, ada org x rasa. Sebab dr tu tau kerisauan aku pasal husband yang duduk jauh, Dr tu offer aku, kalau nak induce masuk pil, boleh admit malam esok (Ahad). Aku ngan hubby x dapat nak buat decision sebab ye la banyak sangat baca kalau induce boleh menyebabkan emergency c-sect. Tp Dr tu cakap, xpe.. Saya tulis je dlm record kalau awak x datang nak tggu sakit pon xpe. Tapi awak pegi banyakan bejalan-jalan, insyaAllah cepat bukak nanti. Lepas dengar Dr cakap camtu, terus la aku ngan husband pegi Jusco tawaf dari atas sampai bawah sampai dah x larat nak jalan dah. 

30 June 2013 (Ahad)

Patotnya admit malam ni, tapi kitorang x pegi pon hospital sebab hubby aku cakap pegi esok lah bole dapat cuti lama sikit. muahaha.

1 Julai 2013 (Isnin)

Bangun-bangun pagi ajak ibu ngan hubby ronda Sunway Pyramid. Jalan-jalan sikit je pon sebab dah x larat gila. Malam tu dalam pukul 8.30 aku ngan hubby da siap-siap kemas barang nak g serah diri. Sampai-sampai, check in masuk bilik, Dr datang buat VE. Alhamdulillah time tu bukaan da 3 cm. Dr cakap x perlu induce. Tunggu esok pagi terus masuk labour room. Aku tidor dengan aman dan tenteram dan hepi sebab xyah induce masuk pill. Malam tu hubby temankan aku kat wad. 

2 Julai 2013 (Selasa)

Dalam pukul 6 pagi, nurse da datang hanta roti dengan milo. Masa tu die suh makan dan siap-siap tukar baju untuk pegi labour room. Aku cakap aku nak mandi dulu, tapi nurse tu cakap nak masukan ubat dalam bontot untuk berak tu dulu. Lepas die masukkan je. Mak aih terus je rasa nak membuang. Aku mandi siap-siap, sembahyang subuh, & baca surah Maryam. Nurse datang lebih kurang pukul 7 bawak aku naik labour room. Aku org first masuk labour room. Aku tanya nurse tu, kenapa cepat sangat masuk labour room padahal aku x sakit lagi. Nurse tu jawab ape ntah. Aku pn x igt. Masa dalam labour room tu aku ngan hubby leh main-main lagi. Gelak sana gelak sini. Siap ckp, sekarang gelak la kau. Kejap lagi menanges. Kitorg bosan gile x tau nak buat apa, last-last tido. Tup2 kol 8 tu dengar brader bilik seblah tengah mengaji, pastu dengar wife die jerit Allahuakbar. Masa tu terus meremang! CUak gila kot. Dengar la nurse marah-marah x kasi angkat punggung, tup2 kejap je pastu dengar suara baby. Fuu. BErtambah saspen aku masa tu.

Dalam pukul 9, Dr datang check aku, die kata bukaan belum masuk 4 cm lagi. Aku lak cakap x sakit apa. Then dorg start masukkan drip untuk cepatkan bukaan. 15 minit lepas masuk drip tu, terus la start rasa sakit. Tapi masih boleh tolerate lagi. Dr pecahkan air ketuban tiba2 rasa basah. Banyak gila air ketuban rupanya. Dalam pukul 11 Dr naikan dos lagi. Tapi sepanjang masa tu nurse monitor heartbeat baby. Setiap kali contraction heart beat baby akan drop. Nurse suh tarik nafas panjang-panjang sebab bacaan heartbeat baby x berapa nak cantik. Masa ni aku rasa breathing technique memang penting sebab bole kurangkan rasa sakit. Tapi serius penat gila sebab kene bernafas bersungguh-sungguh. Time tu dah 4 baby da aku dengar da keluar. 2 normal, 2 c-zer.

Nurse kosongkan pundi kencing aku, baru la kepala baby aku turun sepenuhnya. Masa tu dr check bukaan aku dah masuk 7 cm. Dia cakap sekejap lagi beranak la ni. Masa tu sakit contraction tu memang sakit gila. Aku buat macam-macam bunyik nak kurangkan rasa sakit sampai nurse india tu ingat aku menangis. Tangan husband aku tu dah kene uli-uli sampai ada satu kali tu aku tanya " Boleh gigit x?? x tahannn dah ni". haha. Pastu dalam pukul 11.50 tu da start rasa nak meneran sangat. Tapi nurse x kasi teran lagi. Dalam pukul 12 baru la start teran. Nurse tu cakap aku pandai meneran, semua dah betul. Tapi peliknya baby aku x keluar. Bila Dr datang dan ready-ready, aku try lagi teran2 tapi x keluar. Nurse tu siap cakap "Lorr sampai merah padam nak jadi itam dah muka awak meneran".. Aku yang tengah sakit tu bole pulak pegi gelak. Aku ckp la eh salah ke.. Saya x tau saya main teran je. Dalam pukul 12.10 camtu, aku dengar Dr bisik-bisik dengan nurse, die ckp x bole, kene vacuum ni. Aku yang dalam minda separa sedar, tgh tunggu next big contraction terus ckp Dr Ready saya nak teran, mase tu Dr tgh masukan alat vacuum tu ..tup2 10 saat lepas tu baby da keluar. Aku macam blur. Rasanya dalam 10 saat je Dr amik vacuum tu, aku teran, dr masukan, tup2 baby da keluar. 

Bile baby keluar, dorg letak atas kaki aku, masa Ayraa keluar tu, hubby aku cakap warna Ayraa dah biru. Rupenye tali pusat die terlilit 2 kali dekat leher.Sebab tu aku push2 x berjaya keluar. Dr x tunjuk panik tapi kitorang tau masa tu macam ada yang x kena. Dr bawak Ayraa letak kat tempat baby tu, bagi oksigen, lepas tu baru la warna Ayraa dah x biru, & dengar suara dia menanges. Lega sangat masa tu. Dr tengah jahit pon aku x kesah dah sebab macam x percaya dah ada baby. Aku cakap kat Dr, "Ishk..macam x percaya la Dr".. Dr tu gelak je, sambil nyanyi jahit vay-jayjay aku. Akhirnya pukul 12.15 aku la orang terakhir pagi tu yang beranak. Ibu ngan kakak ipar aku yang tunggu kat luar dari pagi dah risau gila apsal aku x keluar-keluar. Dorang dah pikir macam-macam dah. Dah la nurse India tu g ckp kat dorg aku nanges. haha. x sempat nak nanges kot menangung kesakitan ini. 

Balik dari labour room memang badan aku rasa fresh sangat. Aku rasa macam sihat gila, x penat ke ape ke. Excited agaknya dah dapat baby. Sampai la aku balik esok paginya, badan still rasa fresh. 

3 Julai 2013 (Rabu)

Lepas Dr check semua, Ayraa pon da poopoo, Dr ckp kitorg boleh discharge pagi tu. Balik rumah je esoknye bangun baru la badan rasa penat gile nak mati. Macam ada urat-urat tercabut. Flat je la aku tido kat rumah. 

Setakat ni je la pengalaman bersalin aku. Sampai rumah tu bukan la part paling best sebab esoknya Ayraa da kena admit HTAR sebab demam ngan jaundice. TBC...

Oh btw, beranak kat Hospital Bersalin Razif ni part yang bestnye ialah ini :

Goodies untuk dibawa pulang. Ngeh3

Nota Kaki : Kenapa Kate Middleton lepas beranak boleh kelihatan segojes itu? 
Reading Time:

Thursday, 11 July 2013

Introducing....
July 11, 20130 Comments
Ayraa Sofea Binti Khafizudin
2 Julai 2013



Day 1



Day 6 

Alhamdulillah, harini genap 10 hari Ayraa menjenguk dunia. Rasa macam x percaya je dah ada anak sniri. Kitorg yang dulunya x tahu menahu perihal penjagaan baby ni, yang dulu langsung x reti pegang baby, tiba-tiba automatik jadi pandai buat semua. Especially husband aku yang banyakkk sangat tolong aku handle Ayraa sepanjang 10 hari ni. Dia yang mandikan, dia yang cuci berak, dia yg tolong bagi susu yang aku dah pam bila Ayraa lapar, dia yang ulang alik hospital 3 hari masa baby ayraa kena jaundice (nanti aku buat entry lain pasal ni), semualah dia yang buat. Tu tak termasuk urusan menjaga aku yang dalam pantang ni. Tolong ikatkan kaki aku masa aku tido (sebab aku suke sangat tido mengangkang =b), tolong bancuh milo walaupon die tgh puasa, tolong sapukan ubat kat tempat luka, tolong siapkan tungku, tolong remind aku sekarang dah sampai masa mengepam sbb breast da full, tolong readykan pati haruan dan ubat2 utk dimakan, tolong pegi kedai OneBabyWorld sorang-sorang beli Electric Breast pump sebab nak gune urgent (kesian kat kedai tu sume datang dengan pasangan. hihi)  dll. Seriously, rasa terharu nak nanges tengok hubbyku secaring ini. 

Sepatutnya hubby aku dah kena balik Sarawak Isnin lepas sebab cuti bersalin 7 hari je, tapi hari Isnin tu dia muntah-muntah, pastu demam panas sampai 38.9 C. Aku yang tgh sakit ni gagahkan diri jugak jaga dia kat rumah. Tapi bila seharian dia x bangun-bangun, and makin lama demam makin tinggi, aku mintak tolong ibu hantarkan pegi KPJ admitted sebab takut pape jadi. So semalam lah hubby aku duduk hospital. Kesian dia first time masuk wad aku x dapat jaga. Tp ada hikmah jugak la demam dia tu,sebab dr bagi cuti sampai Jumaat. So hari Ahad baru la hubby aku balik. Dapat la dia sambut Ramadhan dengan ummi & Ayraa (yang x puasa ni). Alhamdulillah doa aku mintak husband aku ada sama-sama dalam labor room dimakbulkan, doa mintak bersalin normal dan dipermudahkan pun dimakbulkan. X dapat la imagine sorang-sorang dalam labor room time sakit contraction tu, siap dengan bunyik orang lain tengah bersalin kat bilik-bilik seblah. Seram jugak kot.

Ada banyak benda nak cerita tapi next time lah. Sekarang dah sampai masa mengepam. 
Reading Time:

@way2themes