Perghh bersarang sudah blog ini. Bukan sebab busy sangat sampai takde masa nak berblog, tapi semua disebabkan darjah kemalasan yang sungguh menebal. hihi
Btw, harini harijadi Husband aku. Harini jugak result eg-tukar keluar. Memang seperti yang dijangka, PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN tu muncul kat skrin. Keji la KPM, kasi la hadiah hari jadi terbaik kat suami aku. Ni tak, da 4 taun setengah terpaksa bertapa dekat Betong nun.Macam kitorg takde keluarga pulak. haih sabar je la. Tapi, apa-apa pon, selamat hari jadi suami saye. Love u so much!
Btw, Esok Ayraa pon dah genap Setahun empat bulan. Tengah banyak akal sekarang, macam-macam perangai baru die buat setiap hari. Semakin hari semakin licik. Dah pandai rindu kat abi dia. Kalau video call tu sekejap je gelak. Lepas tu pandai buat muka monyok macam merajuk kat abi dia. In term of word pulak, baru boleh cakap sikit-sikit. Kalau nak susu tu pandai mintak "nak milk", "taknak", "kakak", and pandai sangat tiru iklan kat tv. Kadang-kadang tu tekeluar jugak pekataan-pekataan yang kalau suh die repeat balik, sampai kesudah la menunggu. contohnya : Sakit.
Kalau ikutkan, cerita terbaru banyak sangat nak certia tapi malas nak menaip. Cuma yang paling latest yang boleh dikongsi adalah berita yang dah 6 bulan lebih jugak la iaitu.....
hehehe Ayraa nak dapat adik! InsyaAllah bulan 1/2 ni Ayraa jadi kakak. Nanti aku cerita lanjut pasal pregnancy kalini and macam mana dapat tau. Kalau kat KK tu, nurse tu suka la cakap aku "eksiden". Padahal memang kitorg jenis nak anak no 1 n 2 rapat. So bila dapat tau aku preggy lagi memang Happy sesangat lah! Doakan aku selamat melahirkan anak kedua ni ye. Amin.
Semoga panjang umur dan menjadi keluarga sakinah :)
ReplyDeleteWatch movie