Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes ): Baby Stuff
Showing posts with label Baby Stuff. Show all posts
Showing posts with label Baby Stuff. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Cloth Diaper Termurah di alam semesta
June 11, 20130 Comments
Ok. Tajuk sangat over. Tapi ini serious! Sepanjang pencarian membeli cloth diaper, so far aku hanya mampu membeli satu pada harga RM31.90 lepas less (onebabyworld). Memang x dinafikan niat nak menambah stok tu ada, tapi asekla x terbeli sebab macam mahal kan nak beli banyak-banyak. Berkesinambungan dengan kisah hubby yang suke pegi Cash Converter tu, masa beliau sedang menjalankan misi menyepot (read : spot) barang-barang rare untuk dibeli kat Cash Converter Seksyen 9 Shah Alam, dengan magiknya beliau telah terspot stock cloth diaper jenama luvable friend berlonggok-longgok untuk dijual. Aku dengan perasaan selamber pada mulanya pegi la tengok-tengok sebab macam ragu-ragu la cash converter jual cloth diaper second hand ke ape ni. Tup-tup tengok harga RM8 je!! Brand New, takde cacat cela. Aku da penah survey da kat kedai luvable friend ni time expo dengan time pegi GM. Harga dia roughly RM25 keatas. RM25 tu kire paling murah la tu. So bile nampak je RM8, terus la aku borong. Tapi corak ada tiga je. X de pilihan grab je la apa yang ada. 


See brand new. Tapi semua ni ada satu insert je. material pon cotton yang best. Bile balik rumah hubby tanya "Beli 6 je ke tadi? Kenapa x borong semua?" Terus rase menyesal pulak x abeskan semua tadi.Anyway, sejurus selepas insiden ini, pandangan aku terhadap cash converter telah berubah sama skali. Dulu kalau hubby aku ajak masuk, aku cam masuk tengok-tengok gitu je tanpa rasa minat. Sekarang tidak lagi. Kalau rajin berjalan, dan mata tajam, dapat benda baru yang best-best jugak rupenye. hehe

update terkini : Harga utk plain RM35, harga utk corak RM38. Fuhh. Rezeki anak ni.
Reading Time:

Friday, 26 April 2013

Shopping Barang Baby Part 2
April 26, 20130 Comments
Hari jumaat lunch hour memang panjang. Disebabkan ini, aku memang dari awal-awal lagi da plan harini adalah hari aku patut pegi shopping baju baby.Plan nak shopping kat GM aku kensel sebab harge lebey kurang je. Aku dah siap aim butik yang aku nak pegi yang x jauh dari opis aku iaitu One Baby World dekat Laman Seri. Selalunya, aku beli barang-barang kat kedai ni secara online ataupon masa jumpa kat expo. Memang x penah mengecewakan la. Ni first time nak pegi kedai dia. So tadi sampai-sampai je, aku cam rasa teruja gila tengok barang-barang dalam kedai dia. Honestly, dalam banyak-banyak kedai baby yang aku penah pegi, butik ni la paling best sebab banyak sangat barang sampai aku x tau nak tgk mana satu dulu. Sebut je la apa yang nak, insyaAllah ada. Masa aku sampai pon, ramai gila pelanggan tengah sibuk beli-beli barang. Memang laku sungguh butik ni. Punya la lama aku belek2, dekat sejam setengah gak kat situ. Hasilnya, semua barang-barang dalam checklist baby clothes aku da setel. Tapi x ikut kuantiti yang aku sasarkan sebab orang cakap xyah beli banyak-banyak baju baby. So aku follow la pendapat majoriti. Beli ala kadar je. 

Balik dari sana pulak, aku singgah The store seblah opis aku sebab dorang kata anakku ada sales. Sebab kat butik tadi baju yg aku beli sume romper yang berunsurkan kegadisan, so aku igt nak carik baju tido lengan panjang & seluar yang x berapa nak pompuan la. Mane la tau kot-kot tibe2 kuarnye bebird, xde la jambu sangat anak aku nanti. Murah gak la baju-baju ada RM5, RM8 tapi serious la aku x reti pilih bila da longgok camtu. Seluar asing, baju asing. Pening gak. Last-last rembat beberapa helai je. Sebab da malas. 

Mood rajin nak buat sesi fotografi hasil belian nak tunjuk kat hubby ku di perantauan. Stokin tu satu set dengan romper carters, kasut biru dapat adiah masa kawen (saje nak interprame jugak), mitten and booties motif lembu tu adiah kawen gak skali ngan baju (again saje nak interprame), kasut oren tu aku beli semalam kat tesco. Bip duck tu dapat skali mase beli set baju duck tu pasal macam nak sama ngan watch me grow tu.Kalau x aku x beli dah kaler camtu. 

Receiving blanket sasaran awal nak beli 2 je. Haritu da beli 2 online. Tibe2 harini g beli lagi 2 sebab geram tengok design comel. Blanket elephant tu pulak memang yakin sungguh beli kaler pink sebab dalam banyak-banyak design yang tu paling bekenan. So gamble je la caya ckp doktor anak aku tu pompuan. Pastu mase g tesco smlm saje-saje try beli bedung hug me tu. Kat tesco RM31 je. Tempat lain aku tgk Rm35-RM39. Jauh gak beza harga tu.

Ni je la baju-baju yang aku readykan untuk baby sampai bersalin. Hopefully cukup la. Nanti Pas pantang beli lagi. Masa pantang pon bole je nak shopping online. Yang bawah semua beli kat One baby world, Yang atas semua beli kat The Store seblah opis kecuali yang coklat dapat adiah kawen. Seboleh-boleh baju kat the store aku carik yang unisex. Sebab tu macam x berapa nak comel colournye. huhu

Semalam aku ada gak ronda-ronda SACC. Gigih sungguh jalan kaki sampai ke sana. Niatnye, nak pegi kedai Little Heaven tempat aku beli diaper beg buat hadiah untuk kakak ipar aku. Diaper beg Fisher Price yang aku beli masa tu comel gile. Skrg, bila nak carik untuk diri sniri punya la payah nak jumpa yang cun. Tapi kat kedai tu da xde stok yang cun-cun dah. Aku pun singgahlah Kidz Branded Outlet. Kedai ni pon sangat best baju-baju dia. Semua menepati citarasa aku. Pastu diaper beg die fancy la sket design dia dari tempat lain. Comel-comel belaka. Mula-mula aku nak beli stripe Brown, Pink Orange. Tapi design die cam x berapa praktikal walaupon colour dah cun. Last-last pekerja tu suggest amik yang ni.

Aku ni memang peminat design stripe. Husband aku siap cakap kalau stripe je mesti aku kata cantik. =b. Abes sampai comforter set blek pon aku bantai belang2. Hehe. Btw, Kalau compare antara 3 design, ni la paling praktikal & ada free beg thermos & paling unisex. So aku amik la yang ni.

Dalam penat-penat sampai rumah semalam, otak aku ligat lagi pikir nak g tesco lak tengok barang baby lagi. So pas magrib terus aku g tesco. Sebaikla 5 min je jarak dari umah. Time kat Tesco ni la aku mula rasa preparation bersalin ni banyak gak belanjanya. Beli sikit pon da dekat RM250. Maybe sebab ni anak first kot. Semua barang pon xde lagi. Tu yang terasa aliran keluar wang ringgit aku laju je tu.

Barang-barang dalam checklist yang aku da setelkan kat Tesco.

Jadi dengan ini, maka tercapailah sudah hasrat nak setelkan barang baby bulan ni. Cuma yang tinggal, set tilam kekabu, baby bath, kelambu ngan barang pantang aku. Semua ni ibu aku cakap xpe xyah beli lagi sebab nanti buat semak rumah sebab umah ibu aku ni barang kemain penuh. haha. Sok hari mendobi, pastu da leh la start kemas buh dalam beg. Aku memang nak setelkan awal sebab takot incase apa-apa emergency, suami da la jauh. Takut x tekejar lak nak carik barang yang xde. Btw, semua barang-barang baby aku beli sorang-sorang ikut taste aku sebab husband aku da sebulan x balik. Pas beli je nanti aku snap la gambar sent kat dia tunjuk. Kesian abi xde can nak pilih sniri. Tapi aku rase dia x kesah pon sbb x reti nak pilih. hee. Oklah. da start sakit pinggang. Perlu landing sekarang jugak.
Reading Time:

Monday, 22 April 2013

Antara shopping barang baby & shopping barang rumah?
April 22, 20130 Comments
Semalam adalah hari Ahad. Jadi seperti biasa, bila hujung minggu aku akan try spend masa dekat rumah baru aku. Tapi minggu ni, aku lepak secara berjemaah dengan ibu, adik, kakak ipar and anak buah aku. Plan asalnya, just nak landing-landing kat sana, main-main tenet, kemas-kemas apa-apa yang patot. Sampai-sampai je abes la semua barang-barang kawen dalam stor kitorg punggah. Mostly barang elektrik utk dapur la. Dari plan asal nak lepak-lepak, tibe2 terus bertukar plan untuk bersteamboat sebab terjumpe multipurpose cooker yang x penah guna itu.  


Steamboat tomyam air tangan kakak iparku. Aku tolong tuang air je dalam periuk. Sungguhlah x senonoh perangai tuan rumah ini. 

Lepas makan, kitorg susun la barang-barang letrik atas table top x berpintu kami itu (kasihan sungguh x cukup bajet nak buat cabinet) aku rasa macam serabutnya dapur takde rak / cabinet. Lantas, dek kerana nafsu, perasaan nak shopping barang rumah itu muncul secara tiba-tiba. Walaupun da bertegas kononnya gaji bulan 3 ke atas khusus utk baby sahaje. Ye la, kalau dibuatnya husband dapat pindah, bulan 6 ni InsyaAllah kami akan duduk rumah tu dan siap plan nak berpantang kat rumah baru sebab wak jawa yang repair rumah aku tu ckp pantang kat rumah baru nanti kok murah rejeki. Tapi masalahnya, rumah tu hanya ada set bilik tidur, meja makan, kitchen table top + stove (tong gas belum beli) dan peti ais kecik ehsan nenek aku. Banyakk sangat lagi barang-barang penting nak kene beli. Memang bunyik macam yakin dan perasan husband dapat transfer, tapi x kesahlah bak kata husband aku, kita kena yakin nanti mulut masin. Ye la tu =b.

Tapi dilemanya ialah, walaupon hati rasa meronta-ronta nak start engine dan bergerak ke IKEA sekarang, aku ni kena la sedar diri sket yang lagi 2 bulan dah nak beranak. Duit beranak pon x abes simpan lagi. Faham x perasaan aku? Macam wawawawa nak beli barang rumah, tapi pada masa yang sama  macam "hoi duit beranak dan medela FS ko tu nak beli pakai daun ke?".. Tapi tiap-tiap kali datang rumah cam asek rasa oh kena beli itu dan ini. Pastu last-last tension sebab rumah tu tetap macam tu je rupenye selepas beberapa bulan. haih. Sabar je la. Da la dua kali miss menang cabutan bertuah TV kat tempat keje.. kalau menang TV tu setel da satu masalah duniawi aku. muahaha. Atleast kalau husband dapat pindah (ye kena sebut banyak kali supaya makbul) xde la bosan duduk rumah takde tv. Part lain xde, aku ok lagi. Tapi kalau tv takde memang aku takkan la duduk rumah tu. mati kutu kot. Hurm, mungkin bole buat cadangan hadiah cabutan TV lagi sekali masa buat paperwork Majlis makan malam seminar pengembangan. Kekeke. Perasan bertuah lettew.
Reading Time:

Friday, 19 April 2013

Shopping Barang Baby Part 1
April 19, 20130 Comments
Hari ni hari adalah hari yang paling x disukai. Sebabnye, aku ada appoinment dengan KK Bandar Botanik untuk minum air gula untuk kali kedua. Kalau nak kata berat badan naik banyak, x jugak sebab sepanjang pregnant 7 bulan, aku baru naik 3 kilo. Tapi sebab masa awal-awal dulu terlalu jujur pegi mentioned keturunan aku ada diabetis, so terpaksa la minum air gula demi kebaikan sejagat. 

Balik dari klinik, aku terus rase nak declare cuti. So dengan selambenya tanpa bagitau bos, aku amik cuti dan terus bersuka ria jalan-jalan pegi tengok-tengok barang baby dekat GM. Survey-survey ok la banyak baju comel-comel kat situ. Da aim kedai mana aku nak borong next week. Tapi kalau ikutkan xlah murah mana pon kalau compare kat online. Lebih kurang je la. Mase jalan-jalan tu niat di hati xmo beli apa-apa dulu sebab nak tunggu gaji, tapi terbekenan pulak dekat stroller pad ala-ala Little Dje kat kedai Gosh baby. Lalu terbelilah satu. 

RM49 satu. Selain berguna sebagai stroller pad, benda ni leh jadi travel pad atau nak wat alas baby masa tukar lampin. Aku yakin aku beli atas faktor kecomelan dan bukan faktor praktikaliti.

Lepas beli stroller pad ni tibe2 mood nak arrange barang2 baby dalam storage box pon secara tiba-tiba membuak-buak. Tapi masalahnya, storage box x beli lagi. So malam tu ajak la ibu aku g giant beli storage box. Balik rumah terus la longgokan barang-barang yang aku da beli sikit-sikit start 3 minggu lepas. Bila kumpul-kumpul rupenye banyak gak la barang aku da beli. Next week tinggal topup-topup mana yang xde then da bole ready untuk kemas beg. Tu pon kalau berjaya jumpa diaper bag yang berkenan di hati.

Ada yang aku beli masa EXPO baby kat stadium melawati, ada yang aku beli kat the store seblah opis, ada yang aku beli online, ada yang aku beli kat manjaku. Tiap2 kali beli sikit-sikit, tup2 bila longgok banyak dah.

Storage box besar untuk baby, storage box kecik untuk ummi. Beli dua kaler sebab x tau jantina lagi. Tapi macam kena beli lagi satu je, sbb yang biru tu da penuh dah pun.

Selain barang-barang kat atas tu, benda first yang aku beli sebenarnya bottle set avent. Aku kirim kat member aku ,Lela sebab kakak dia kat Scotland. Kalau die x offer aku, aku pon x terfikir nak kirim.Rase cam best sangat lepas compare harga Malaysia dengan UK. Dekat 50-60% jugak save. Sebab murah sangat, aku borong la natural new born set (ade 2 botol kecik, 2 botol besar, puting ngan berus), 3 botol besar saja-saja xtra, puting 2 set, ngan manual breast pump. 


Total cost hanya RM250! Percaya x? aku beli manual pump tu RM50 je. kalau kat kedai sini range harga RM185-200 ++. Sementara nak tunggu duit tabung cukup untuk beli medela FS, boleh la guna yang manual tu dulu. Set newborn tu dalam RM90++. Botol 3 tu x igt lak harga bape.Tapi total RM250. Kalau beli kat Malaysia ni da dekat RM600++ aku kire. Puting xtra xde dalam gambar. Tapi kalau kat Malaysia satu lebih kurang RM28. Tapi aku beli 2  just for RM24. 

Pastu baru-baru ni aku kirim lagi barang kat kawan aku tu.Aku kirim Avent Electric Bottle and Food Warmer. Total RM99 je. Kat Malaysia aku jarang jumpa. Tapi penah skali jumpa harga die macam Rm220++. So again, sangat la best perasaan ini. hehehe

Yang ni belum sampai Malaysia lagi barang dia. InsyaAllah sebelum aku beranak sampai la dia.

Tu je la barang yang aku da beli. Next week atau next-next week plan nak carikan barang-barang baby yang x cukup, set tilam kekabu, ngan set lepas pantang. Tengah berpikir-pikir nak beli brand Tanamera ke,Nona Roguy ke atau brand-brand lain. Till then, bye2

Reading Time:

Wednesday, 17 April 2013

Bake-A-diapercake
April 17, 20130 Comments
Kakak ipar side husband aku due bulan Mei ni. So tadi dok google-google la skali nak beli hadiah apa untuk baby boy dorang. Sambil-sambil mengoogle, aku dok selak-selak Magazine Pa&Ma aku baru beli time lunch hour tadi. Dalam magazine tu ada review satu blog yang kena la dengan taste aku nak bagi kat kakak ipar aku tu. Nama blog dia Bake-A-diapercake. Serious la sangat comel give basket dia terus rasa macam nak beli untuk diri sendiri jugak. Harga around RM60 - RM200 untuk diaper cake, postage RM10. Ok gak la compare dengan kecomelan give basket tu. Tapi masalahnya, aku tengok almost semua yang aku berkenan da reserved/sold. Nampaknya kena tunggu next round la ni. Btw, ni la basket-basket yang cute tu. 






Comel kann..Banyak lagi dekat blog ngan facebook. Tapi kena tunggu diorang update baru la nampaknye. Nah link facebook : Bake-A-Diapercake

Reading Time:

Tuesday, 16 April 2013

Checklist Bersalin
April 16, 20130 Comments
Sejak da masuk 7 bulan, aku da start la beli barang baby sket-sket. Memandangkan before ni gaji bulanan aku dan husband asek abes ke barang-barang rumah, aku da set siap-siap dalam otak, start bulan 3, no more beli barang rumah. Beli barang baby pulak. Lagipun, dengan kondisi aku yang berjauhan dari suami, ditambah dengan outstation yang agak kerap, aku rasa better la beli apa-apa yang patot sementara masih gagah nak pikul barang ni. hehe.

Jadi, hasil blogwalking dari blog ke blog dengan keyword search aku "checklist ibu bersalin" "checklist barang-barang baby" aku pun da compile la maklumat-maklumat berkenaan dan buat checklist sendiri. Aku da siap save dalam PDF so sapa-sapa nak download leh la amik je xyah taip2 dah. Untuk rujukan bersama ibu-ibu yang x pernah ada pengalaman menyopping barang baby macam aku ni. So far barang-barang yang unisex aku da beli la sket2. Time pegi expo pon xde semangat nak shopping sebab belum tau jantina lagi. Barang-barang semua da la cam comel-comel ikut jantina. So x teruja lagi lah nak beli baju ke stokin ke. Mintak-mintak next check up baby da x main nyorok-nyorok lagi masa scan. Ummi x sabar dah nak tengok awak ni! 

Dowload kat sini : Checklist Bersalin
Reading Time:

@way2themes