Semalam adalah hari Ahad. Jadi seperti biasa, bila hujung minggu aku akan try spend masa dekat rumah baru aku. Tapi minggu ni, aku lepak secara berjemaah dengan ibu, adik, kakak ipar and anak buah aku. Plan asalnya, just nak landing-landing kat sana, main-main tenet, kemas-kemas apa-apa yang patot. Sampai-sampai je abes la semua barang-barang kawen dalam stor kitorg punggah. Mostly barang elektrik utk dapur la. Dari plan asal nak lepak-lepak, tibe2 terus bertukar plan untuk bersteamboat sebab terjumpe multipurpose cooker yang x penah guna itu.
Steamboat tomyam air tangan kakak iparku. Aku tolong tuang air je dalam periuk. Sungguhlah x senonoh perangai tuan rumah ini.
Lepas makan, kitorg susun la barang-barang letrik atas table top x berpintu kami itu (kasihan sungguh x cukup bajet nak buat cabinet) aku rasa macam serabutnya dapur takde rak / cabinet. Lantas, dek kerana nafsu, perasaan nak shopping barang rumah itu muncul secara tiba-tiba. Walaupun da bertegas kononnya gaji bulan 3 ke atas khusus utk baby sahaje. Ye la, kalau dibuatnya husband dapat pindah, bulan 6 ni InsyaAllah kami akan duduk rumah tu dan siap plan nak berpantang kat rumah baru sebab wak jawa yang repair rumah aku tu ckp pantang kat rumah baru nanti kok murah rejeki. Tapi masalahnya, rumah tu hanya ada set bilik tidur, meja makan, kitchen table top + stove (tong gas belum beli) dan peti ais kecik ehsan nenek aku. Banyakk sangat lagi barang-barang penting nak kene beli. Memang bunyik macam yakin dan perasan husband dapat transfer, tapi x kesahlah bak kata husband aku, kita kena yakin nanti mulut masin. Ye la tu =b.
Tapi dilemanya ialah, walaupon hati rasa meronta-ronta nak start engine dan bergerak ke IKEA sekarang, aku ni kena la sedar diri sket yang lagi 2 bulan dah nak beranak. Duit beranak pon x abes simpan lagi. Faham x perasaan aku? Macam wawawawa nak beli barang rumah, tapi pada masa yang sama macam "hoi duit beranak dan medela FS ko tu nak beli pakai daun ke?".. Tapi tiap-tiap kali datang rumah cam asek rasa oh kena beli itu dan ini. Pastu last-last tension sebab rumah tu tetap macam tu je rupenye selepas beberapa bulan. haih. Sabar je la. Da la dua kali miss menang cabutan bertuah TV kat tempat keje.. kalau menang TV tu setel da satu masalah duniawi aku. muahaha. Atleast kalau husband dapat pindah (ye kena sebut banyak kali supaya makbul) xde la bosan duduk rumah takde tv. Part lain xde, aku ok lagi. Tapi kalau tv takde memang aku takkan la duduk rumah tu. mati kutu kot. Hurm, mungkin bole buat cadangan hadiah cabutan TV lagi sekali masa buat paperwork Majlis makan malam seminar pengembangan. Kekeke. Perasan bertuah lettew.
No comments: