Its a .......!!! - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Saturday, 20 April 2013

Its a .......!!!

Kalau semalam aku check up dekat Klinik kesihatan, harini adalah hari appoinment dengan Dr dekat Hospital Razif, tempat aku plan nak bersalin. Patotnya da set appoinment dengan Razif, xyah g KK pon xpe. Tapi sebab nurse tu aritu call aku tanya apsal x datang appoinment, and kalau xnak datang dorang nak tutup file, aku rasa cam eh ok ok next week saya datang. Xpe la kot check dua-dua klinik at least leh counter kekurangan salah satu dr / nurse. Kalau dekat KK, aku rasa nurse-nurse dia check sangatlah detail. Siap ukur, tanya itu ini, bagi injection tetanus dll. Tak macam nurse kat Hospital Razif, diorg tanya ala kadar je. Paling-paling timbang, check BP pastu tanya ada masalah ke x then jumpa dr. Tapi kalau kat KK pulak, Dr die macam kurang mesra alam. Tanya ala kadar. Scan pon tak. X macam dr dekat Hospital Razif yang rata-rata peramah, cakap lemah lembut, scan elok-elok and detail die explain. Maybe sebab faktor usia jugak kot. Nurse kat KK banyak nurse lama, while Dr dekat Hospital Razif ramai yang senior and pakar. Vice versa. So nothing to loose la kan. Cume tahap kesabaran selalu diuji la kalau g KK ni. Salunye 3-4 jam gak la baru setel. 

Jadi, harini genaplah kandungan aku berusia 29 minggu 1 hari. Sepanjang 29 minggu ni, tiap2 kali scan memang baby aku sangatlah pemalu. So da 7 bulan pon still x tau jantina apa. Last check up baby aku tengah songsang. So masa check up tadi aku doa banyak-banyak mintak2 baby aku da turun. Alhamdulillah, doktor cakap baby aku sihat. Da turun dan dalam keadaan normal. Masa scan tadi, first time aku rasa macam nak menangis sebab aku rase jelas sangat nampak bentuk muka, pipi dia, jantung comel die. Baby lak masa tu macam tengah pandang kamera sambil hisap jari. Awww.. comel. Pastu dr scan-scan jeng3.. Nampak la jantina baby aku.. Betul la jangkaan semua orang termasuk aku, yang anak aku insyaAllah baby GIRL! heee bole la start shopping baju kiut-kiut. 




Next Tuesday ada check up lagi dekat KK. Hopefully xde la masalah dengan kandungan gula aku. Btw, x sabarnya nak terbang jumpa suami tercinta Jumaat ni. Semoga Allah permudahkan la perjalanan aku naik flight minggu ni, Surat dr da siap, harap-harap FA bagi aku naik. Kalau x 2 bulan la x jumpa suami aku. Rindu tau x...

No comments:

@way2themes