Cloth Diaper Termurah di alam semesta - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Tuesday, 11 June 2013

Cloth Diaper Termurah di alam semesta

Ok. Tajuk sangat over. Tapi ini serious! Sepanjang pencarian membeli cloth diaper, so far aku hanya mampu membeli satu pada harga RM31.90 lepas less (onebabyworld). Memang x dinafikan niat nak menambah stok tu ada, tapi asekla x terbeli sebab macam mahal kan nak beli banyak-banyak. Berkesinambungan dengan kisah hubby yang suke pegi Cash Converter tu, masa beliau sedang menjalankan misi menyepot (read : spot) barang-barang rare untuk dibeli kat Cash Converter Seksyen 9 Shah Alam, dengan magiknya beliau telah terspot stock cloth diaper jenama luvable friend berlonggok-longgok untuk dijual. Aku dengan perasaan selamber pada mulanya pegi la tengok-tengok sebab macam ragu-ragu la cash converter jual cloth diaper second hand ke ape ni. Tup-tup tengok harga RM8 je!! Brand New, takde cacat cela. Aku da penah survey da kat kedai luvable friend ni time expo dengan time pegi GM. Harga dia roughly RM25 keatas. RM25 tu kire paling murah la tu. So bile nampak je RM8, terus la aku borong. Tapi corak ada tiga je. X de pilihan grab je la apa yang ada. 


See brand new. Tapi semua ni ada satu insert je. material pon cotton yang best. Bile balik rumah hubby tanya "Beli 6 je ke tadi? Kenapa x borong semua?" Terus rase menyesal pulak x abeskan semua tadi.Anyway, sejurus selepas insiden ini, pandangan aku terhadap cash converter telah berubah sama skali. Dulu kalau hubby aku ajak masuk, aku cam masuk tengok-tengok gitu je tanpa rasa minat. Sekarang tidak lagi. Kalau rajin berjalan, dan mata tajam, dapat benda baru yang best-best jugak rupenye. hehe

update terkini : Harga utk plain RM35, harga utk corak RM38. Fuhh. Rezeki anak ni.

No comments:

@way2themes