38 Minggu (almost) - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Wednesday, 19 June 2013

38 Minggu (almost)

Esok genap 38 weeks aku membawa baby di dalam perut. Seminggu ni memang exhausted gila datang kerja. Lepas lunch hour mesti kiok. Tapi harini lebih dasyat sebab sampai-sampai opis je rasa penat macam baru lepas jogging. Nak jalan pon kena tahan2 tutt.. Sebab rasa macam baby dah ke bawah.. X tau la tu imaginasi aku je ke perasaan aku ke.. Anyway, akhirnya aku da decide untuk berpantang kat rumah baru. Bak kata pak indon yang repair rumah aku tu, dia cakap kalau dapat baby and berpantang kat rumah baru nanti murah rezeki. Lagipon, rumah ibu aku agak crowded dengan barang-barang sedia ada. Macam kesian je kalau menambah ke-crowdedan itu.  Ibu pon da setuju utk teman aku pantang kat umah kalau hubby aku xde. Sebaik la umah ibu dekat je. Kalau siang hari aku rase insyaAllah masih boleh manage diri kalau ibu aku nak balik rumah ke apa. Tapi malam tu rasa x confident je. Lagi satu, senang la MIL nak datang duduk rumah aku bila nak melawat baby nanti. 

Tapiiii.. umah aku kan x berapa nak ada barang. So Sabtu ni (kalau belum branak) lepas check up dah plan nak g carik katil, sofa dan almari baju baby utk letak kat bilik bawah. Sebab aku yakin aku malas nak naik atas sepanjang aku berpantang. Biarlah tetamu g tido atas kat bilik aku. Tapi sekarang barang semua still  kat rumah ibu aku lagi. Nak beranak nanti baru angkut semua. Bukan banyak sangat pon barangnye. Memandangkan rumah aku astro pon takde, hubby aku dengan baik hatinya da downloadkan aku cerita-cerita best untuk aku hadap hari-hari. Hubby ada jugak cakap "Patotnya siapkan writing masa dalam pantang. Nanti org sambung laptop g skrin tv" Adeih. terpaksalah menurut perintah. Kang derhaka pulak. hehe

Jumaat ni hubby aku balik. Ahad balik sana balik. Sangat lah berharap baby aku keluar hari Ahad pagi ke, tengahari ke (Since Sabtu dah plan nak g carik barang) sebab xmo hubby aku balik Sarawak balik. Kalau die balik karang, buatnya esok lusa aku beranak, susahnye la nanti. Baby, kuar hari ahad ni yer. Umi ngan Abi tunggu awak ni. =)

No comments:

@way2themes