Introducing.... - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Thursday, 11 July 2013

Introducing....

Ayraa Sofea Binti Khafizudin
2 Julai 2013



Day 1



Day 6 

Alhamdulillah, harini genap 10 hari Ayraa menjenguk dunia. Rasa macam x percaya je dah ada anak sniri. Kitorg yang dulunya x tahu menahu perihal penjagaan baby ni, yang dulu langsung x reti pegang baby, tiba-tiba automatik jadi pandai buat semua. Especially husband aku yang banyakkk sangat tolong aku handle Ayraa sepanjang 10 hari ni. Dia yang mandikan, dia yang cuci berak, dia yg tolong bagi susu yang aku dah pam bila Ayraa lapar, dia yang ulang alik hospital 3 hari masa baby ayraa kena jaundice (nanti aku buat entry lain pasal ni), semualah dia yang buat. Tu tak termasuk urusan menjaga aku yang dalam pantang ni. Tolong ikatkan kaki aku masa aku tido (sebab aku suke sangat tido mengangkang =b), tolong bancuh milo walaupon die tgh puasa, tolong sapukan ubat kat tempat luka, tolong siapkan tungku, tolong remind aku sekarang dah sampai masa mengepam sbb breast da full, tolong readykan pati haruan dan ubat2 utk dimakan, tolong pegi kedai OneBabyWorld sorang-sorang beli Electric Breast pump sebab nak gune urgent (kesian kat kedai tu sume datang dengan pasangan. hihi)  dll. Seriously, rasa terharu nak nanges tengok hubbyku secaring ini. 

Sepatutnya hubby aku dah kena balik Sarawak Isnin lepas sebab cuti bersalin 7 hari je, tapi hari Isnin tu dia muntah-muntah, pastu demam panas sampai 38.9 C. Aku yang tgh sakit ni gagahkan diri jugak jaga dia kat rumah. Tapi bila seharian dia x bangun-bangun, and makin lama demam makin tinggi, aku mintak tolong ibu hantarkan pegi KPJ admitted sebab takut pape jadi. So semalam lah hubby aku duduk hospital. Kesian dia first time masuk wad aku x dapat jaga. Tp ada hikmah jugak la demam dia tu,sebab dr bagi cuti sampai Jumaat. So hari Ahad baru la hubby aku balik. Dapat la dia sambut Ramadhan dengan ummi & Ayraa (yang x puasa ni). Alhamdulillah doa aku mintak husband aku ada sama-sama dalam labor room dimakbulkan, doa mintak bersalin normal dan dipermudahkan pun dimakbulkan. X dapat la imagine sorang-sorang dalam labor room time sakit contraction tu, siap dengan bunyik orang lain tengah bersalin kat bilik-bilik seblah. Seram jugak kot.

Ada banyak benda nak cerita tapi next time lah. Sekarang dah sampai masa mengepam. 

No comments:

@way2themes