Hajat dihati memang dari awal lagi dah plan nak simpan duit beli Medela Freestyle. Plan asal nak beli bila Ayraa dan masuk 2 bulan, dan sementara tu aku guna Avent Manual Breastpump yang ada tu. Tapi bila anak aku kena jaundice start hari kedua, dan suction dia time breastfeed terganggu gara-gara demam dan mulut penuh ulcer,nurse kat hospital pulak terpaksa bagi susu formula sebab Ayraa dah lapar sangat, aku ngan hubby decide kena beli jugak pump electric sekarang. Sebabnya aku dah x larat nak pump manually, sebab anak aku x dapat bf dengan betul dan aku macam kesian Ayraa kena minum susu FM. Rawatan untuk jaundice memang kena bagi banyak-banyak susu ibu, so aku xnak Ayraa x dapat susu yang cukup. Aku decide untuk pam dan bagi Ayraa minum guna botol. As much as aku nak sangat direct feeding (df), dan tekanan dari orang-orang lain yang sibuk suh jugak aku direct feeding walhal tak tahu kisah sebenar, tapi apakan daya, aku tepaksa jugak bottlefeed Ayraa seawal ni. Atleast aku boleh monitor intake susu dia banyak mana. Tapi aku still ajar die df sebab xnak die depend kat botol semata. Bila dah cukup time menyusu, aku bagi df dulu sampai la die mengamuk baru bagi susu botol.
Oh sebenanye nak review pasal breastpump. X dinafikan, Avent Manual Breastpump aku tu sangat membantu masa mula-mula aku nak feed Ayraa. Suction die sangat ok, plus kita boleh control kelajuan nak mengepam tu. Tapi, kalau setiap 3 jam ko kena pump, dan setiap sesi lebih kurang sejam, aku rasa otot2 jari memang tak terdaya la. Disebabkan ini, hubby aku yang kesian tengok aku decide untuk pegi belikan pump haritu jugak. Mula-mula survey internet, tapi semua x dapat nak COD haritu jugak, then hubby decide untuk survey kat kedai-kedai baby. Last-last aku suh hubby pegi OneBabyWorld beli kat sana. Sebab nak beli urgent, angan-angan untuk membeli Medela Freestyle terpaksa la dilupakan sebab bajet x cukup. So last-last kitorg decide beli Medela Swing. So far, harini hari keenam aku guna Medela Swing. Alhamdulillah susu pon makin banyak untuk dipam. Puas hati sangat sebab pump die kecik dan portable, suction sebijik macam Ayraa. Cume cons die, die single pump. Amik masa sikit la nak abes pump dua-dua. Tapi tengok review banyak yang kata boleh convert jadi double. Hubby pon da jumpa seller yang jual kit untuk convert jadi double pump. Mungkin boleh try nanti. Bila da ada pump ni, semangat nak mengepam pon semakin berkobar-kobar.Bukan aku sorang je, hubby ngan mak aku pon semangat remind aku bile da smpai time mengepam. hehe.
Beli pump dekat OneBabyWorld ni kalau ikutkan memang mahal lagi dari harga online. Tapi sebab urgent, terpaksa la beli jugak. Masa beli ni ada special package, Beli pump dapat free 7 item iaitu:
1) Bottle Dry Rack
2) Autumn Cooler Bag
3) Nursing Bra
4) Autumn Reusable Ice Pack
5) Receiving Blanket
6) Autumn Breastmilk Storage Bottle
7) Breastpad
Aku rasa memang berbaloi-baloi. Sori la gambar ehsan internet. Leh tengok yang lebih detail kat OneBabyWorld. malas nak amik gambar baru.
No comments: