Pengalaman Bersalinku - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Monday, 29 July 2013

Pengalaman Bersalinku

Ayraa tengah syok tido. Adalah masa nak update pengalaman bersalinkan Ayraa. Alhamdulillah aku dapat bersalin normal tapi dr terpaksa gunakan bantuan vacuum. Alhamdulillah jugak aku berjaya tak mintak epidural dan dapat rasa sakit beranak yang orang salu cite tu. Mehla aku buat kronologi sikit buat senang paham.


29 June 2013 (Sabtu)

Last check up aku masa tu dah 39 minggu 1 hari. Time tu hubby balik cuti hujung minggu so dapatlah dia temankan pegi check up. Masa tu aku da risau pk bile la nak bersalin ni, kalau boleh time hubby aku ada ni la aku nak bersalin. Hari tu jugak Dr decide nak buat VE. Last week Dr offer nak buat tapi aku xnak sbb x rasa sakit pape pon lagi. This week, aku redha je sebab memikirkan banyak faktor dan salah satunya perjalanan hubby aku ulang alik tiap2 minggu sebab aku x bersalin-salin. Dengan masa, jarak rumah dia nak ke airport je da 4 jam, duit tiket flight yang terbang everyweek, dll. So bile Dr check, tup-tup dr mentioned bukaan aku da 2 cm.  Dr tanya aku ada sakit ke, aku cakap xde rasa ape2 langsung tapi perut aku memang keras 2 minggu ni. Kekerapan die mengeras tu dalam 10 minit sekali. Then Dr cakap, tu contraction la tu. Cuma ada org rasa sakit, ada org x rasa. Sebab dr tu tau kerisauan aku pasal husband yang duduk jauh, Dr tu offer aku, kalau nak induce masuk pil, boleh admit malam esok (Ahad). Aku ngan hubby x dapat nak buat decision sebab ye la banyak sangat baca kalau induce boleh menyebabkan emergency c-sect. Tp Dr tu cakap, xpe.. Saya tulis je dlm record kalau awak x datang nak tggu sakit pon xpe. Tapi awak pegi banyakan bejalan-jalan, insyaAllah cepat bukak nanti. Lepas dengar Dr cakap camtu, terus la aku ngan husband pegi Jusco tawaf dari atas sampai bawah sampai dah x larat nak jalan dah. 

30 June 2013 (Ahad)

Patotnya admit malam ni, tapi kitorang x pegi pon hospital sebab hubby aku cakap pegi esok lah bole dapat cuti lama sikit. muahaha.

1 Julai 2013 (Isnin)

Bangun-bangun pagi ajak ibu ngan hubby ronda Sunway Pyramid. Jalan-jalan sikit je pon sebab dah x larat gila. Malam tu dalam pukul 8.30 aku ngan hubby da siap-siap kemas barang nak g serah diri. Sampai-sampai, check in masuk bilik, Dr datang buat VE. Alhamdulillah time tu bukaan da 3 cm. Dr cakap x perlu induce. Tunggu esok pagi terus masuk labour room. Aku tidor dengan aman dan tenteram dan hepi sebab xyah induce masuk pill. Malam tu hubby temankan aku kat wad. 

2 Julai 2013 (Selasa)

Dalam pukul 6 pagi, nurse da datang hanta roti dengan milo. Masa tu die suh makan dan siap-siap tukar baju untuk pegi labour room. Aku cakap aku nak mandi dulu, tapi nurse tu cakap nak masukan ubat dalam bontot untuk berak tu dulu. Lepas die masukkan je. Mak aih terus je rasa nak membuang. Aku mandi siap-siap, sembahyang subuh, & baca surah Maryam. Nurse datang lebih kurang pukul 7 bawak aku naik labour room. Aku org first masuk labour room. Aku tanya nurse tu, kenapa cepat sangat masuk labour room padahal aku x sakit lagi. Nurse tu jawab ape ntah. Aku pn x igt. Masa dalam labour room tu aku ngan hubby leh main-main lagi. Gelak sana gelak sini. Siap ckp, sekarang gelak la kau. Kejap lagi menanges. Kitorg bosan gile x tau nak buat apa, last-last tido. Tup2 kol 8 tu dengar brader bilik seblah tengah mengaji, pastu dengar wife die jerit Allahuakbar. Masa tu terus meremang! CUak gila kot. Dengar la nurse marah-marah x kasi angkat punggung, tup2 kejap je pastu dengar suara baby. Fuu. BErtambah saspen aku masa tu.

Dalam pukul 9, Dr datang check aku, die kata bukaan belum masuk 4 cm lagi. Aku lak cakap x sakit apa. Then dorg start masukkan drip untuk cepatkan bukaan. 15 minit lepas masuk drip tu, terus la start rasa sakit. Tapi masih boleh tolerate lagi. Dr pecahkan air ketuban tiba2 rasa basah. Banyak gila air ketuban rupanya. Dalam pukul 11 Dr naikan dos lagi. Tapi sepanjang masa tu nurse monitor heartbeat baby. Setiap kali contraction heart beat baby akan drop. Nurse suh tarik nafas panjang-panjang sebab bacaan heartbeat baby x berapa nak cantik. Masa ni aku rasa breathing technique memang penting sebab bole kurangkan rasa sakit. Tapi serius penat gila sebab kene bernafas bersungguh-sungguh. Time tu dah 4 baby da aku dengar da keluar. 2 normal, 2 c-zer.

Nurse kosongkan pundi kencing aku, baru la kepala baby aku turun sepenuhnya. Masa tu dr check bukaan aku dah masuk 7 cm. Dia cakap sekejap lagi beranak la ni. Masa tu sakit contraction tu memang sakit gila. Aku buat macam-macam bunyik nak kurangkan rasa sakit sampai nurse india tu ingat aku menangis. Tangan husband aku tu dah kene uli-uli sampai ada satu kali tu aku tanya " Boleh gigit x?? x tahannn dah ni". haha. Pastu dalam pukul 11.50 tu da start rasa nak meneran sangat. Tapi nurse x kasi teran lagi. Dalam pukul 12 baru la start teran. Nurse tu cakap aku pandai meneran, semua dah betul. Tapi peliknya baby aku x keluar. Bila Dr datang dan ready-ready, aku try lagi teran2 tapi x keluar. Nurse tu siap cakap "Lorr sampai merah padam nak jadi itam dah muka awak meneran".. Aku yang tengah sakit tu bole pulak pegi gelak. Aku ckp la eh salah ke.. Saya x tau saya main teran je. Dalam pukul 12.10 camtu, aku dengar Dr bisik-bisik dengan nurse, die ckp x bole, kene vacuum ni. Aku yang dalam minda separa sedar, tgh tunggu next big contraction terus ckp Dr Ready saya nak teran, mase tu Dr tgh masukan alat vacuum tu ..tup2 10 saat lepas tu baby da keluar. Aku macam blur. Rasanya dalam 10 saat je Dr amik vacuum tu, aku teran, dr masukan, tup2 baby da keluar. 

Bile baby keluar, dorg letak atas kaki aku, masa Ayraa keluar tu, hubby aku cakap warna Ayraa dah biru. Rupenye tali pusat die terlilit 2 kali dekat leher.Sebab tu aku push2 x berjaya keluar. Dr x tunjuk panik tapi kitorang tau masa tu macam ada yang x kena. Dr bawak Ayraa letak kat tempat baby tu, bagi oksigen, lepas tu baru la warna Ayraa dah x biru, & dengar suara dia menanges. Lega sangat masa tu. Dr tengah jahit pon aku x kesah dah sebab macam x percaya dah ada baby. Aku cakap kat Dr, "Ishk..macam x percaya la Dr".. Dr tu gelak je, sambil nyanyi jahit vay-jayjay aku. Akhirnya pukul 12.15 aku la orang terakhir pagi tu yang beranak. Ibu ngan kakak ipar aku yang tunggu kat luar dari pagi dah risau gila apsal aku x keluar-keluar. Dorang dah pikir macam-macam dah. Dah la nurse India tu g ckp kat dorg aku nanges. haha. x sempat nak nanges kot menangung kesakitan ini. 

Balik dari labour room memang badan aku rasa fresh sangat. Aku rasa macam sihat gila, x penat ke ape ke. Excited agaknya dah dapat baby. Sampai la aku balik esok paginya, badan still rasa fresh. 

3 Julai 2013 (Rabu)

Lepas Dr check semua, Ayraa pon da poopoo, Dr ckp kitorg boleh discharge pagi tu. Balik rumah je esoknye bangun baru la badan rasa penat gile nak mati. Macam ada urat-urat tercabut. Flat je la aku tido kat rumah. 

Setakat ni je la pengalaman bersalin aku. Sampai rumah tu bukan la part paling best sebab esoknya Ayraa da kena admit HTAR sebab demam ngan jaundice. TBC...

Oh btw, beranak kat Hospital Bersalin Razif ni part yang bestnye ialah ini :

Goodies untuk dibawa pulang. Ngeh3

Nota Kaki : Kenapa Kate Middleton lepas beranak boleh kelihatan segojes itu? 

No comments:

@way2themes