Minggu ke 38 - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Wednesday, 21 January 2015

Minggu ke 38

Harini genap la baby aku dalam perut berusia 38 minggu. Ingatkan anak no 2 cepat la aku bersalin.. Tapi sampai sekarang masih rasa baby belum nak keluar. Contraction tipu-tipu tu ada la jugak rasa sikit2 tapi masih tolerable dan x kerap. Kadang-kadang rasa macam period pain camtu. Macam time pregnant Ayraa jugak, time2 camni aku dah start mengah semput and x larat jalan sangat. Jalan dekat pon da semput. Tang kat bawah tu macam rase lenguh-lenguh sengal2 camtu. Aku tak ingat masa Ayraa dulu camne sampai la aku refer balik blogpost aku yang dulu. Ok sama rupanya. hehe

Besar dah anak aku. Kejap je dah setaun 6 bulan. Nak jadi kaklong dah

Plan kalini nak beranak kat Hospital yang sama ngan Ayraa dulu. Sebab senang, dekat and so far check up semua kat sana ok. Lagipon dekat sangat dengan rumah, so senang la family ngan husband aku nak berulang alik. Tambah lagi sekarang dah ada Ayraa, kalau jauh-jauh kang ummi die lak telebih rindu. Kalau ikut due date scan, dr cakap EDD aku pada 5 Februari 2015. Kalau ikut period, sepatutnya 25 Jan 2015. Tapi maybe period aku ni kadang2 x regular. So xtepat sangat. Kalau ikut memang x sabar la nak beranak walaupon perasaan takot nak beranak anak no 2 ni melebih-lebih dari masa pregnant Ayraa dulu. Agaknye sebab da bole imagine kesakitan yang bakal dialami tu, tu yang cam seram sejuk sket menghitung hari tu. Mak mentua lak still holiday kat Korea. Dia da pesan kt baby dalam perut ni tunggu nenek balik baru keluar ya. hehe Jadi baby, sila keluar selepas 27 hb ok! =b

Walaupon semua orang termasuk doktor cakap perut aku kecik, tapi baby aku sekarang diam tak diam da cecah 3 kilo. Woo lagi besar dari kakak Ayraa. Ayraa masa keluar dulu berat 2.7 kilo je. Sangat ler halus. Nak pegang pon takot-takot.hehe Mintak-mintak adik Ayraa ni jangan ler besor-besor sangat. Seram ummi nak push nanti nak oi.

Oh ada berita paling mengembirakan nak gtau!


Alhamdulillah, lepas hampir 5 tahun husband aku kat perantauan, akhirnya minggu lepas dapat tau keputusan rayuan die diluluskan. Bersyukur sangat-sangat, Allah swt makbulkan doa kami. Memang betullah, setiap anak tu ada rezeki masing-masing. And rezeki baby dalam perut ni dapat tinggal dengan abi. Ayraa lak memang dari abi die balik sarawak 2 minggu lepas dia macam x heran pn carik. Memang pelik sebab 2 bulan dok melekat ngan abi dia masa cuti sekolah. Macam da tau-tau je dia. Aku je dok emo masa anta husband balik kat epot aritu. hihi


Kali terakhir anta husband balik Sarawak. Kemain penyek idung cium Ayraa. 
Tapi, sampai harini surat pindah x sampai-sampai lagi. Selagi surat tak dapat, Pengarah dia x kasi balik lagi. So hari-hari cam risau jugak sebab takot husband x sempat balik masa aku beranak nanti. Cam seram je nak dok labour room sorang-sorang =(

Btw, aku still keje lagi. Planning kalau x bersalin by this week macam nak mohon cuti je start Isnin depan. Da malas nak keje bole x? heee


Bos kecik melawat ummi kat opis.





No comments:

@way2themes