X pasti lah ni blog ke berapa juta yang penah aku buat. Tapi yang pasti blog ni versi dewasa sket dari blog dulu2. Keh3. Mana taknya, first time bejinak2 tulis blog masa zaman hingusan lepas SPM sampailah zaman2 kehidupan dekat universiti. Sekarang umur pun da meningkat, keje pon dah, kawen pon da setaun lebih dan yang paling excited skali ialah menunggu ketibaan baby kami yang bakal menjenguk dunia lebih kurang 2 bulan lebih lagi. Setakat ni tahap kecuakan menunggu detik kelahiran tu ada la dalam 30%. Aku mengunakan konsep xyah pikir sangat sakit bersalin tu sebab ko pikir-pikir pon ko kena laluinya jugak. Sejak pregnant ni, alhamdulillah Allah swt permudahkan semuanya. Walaupun aku pregnant sorang-sorang tanpa suami tercinta disisi (sob3), aku xlah alahan teruk macam orang lain. Cume skrg da masuk 7 bulan ni biasa la badan rase sengal2, nak tido x selesa sebab sakit pinggang. Oh lupe, tujuan aku start beblogging balik ni semata-mata sebab aku ada banyak perkara dalam hidup yang aku nak rekodkan supaya nanti aku boleh refer balik kehidupan aku. Kalau anak da besar nanti dia melawan aku ke ape ke aku suh die baca balik blog aku ni kasi remind betapa susah payahnya ummi die membesarkan dia. Jadi setakat ni sajalah intro aku, sebab aku da plan nak buat entry lain untuk topik-topik yang bakal aku bincangkan. cewah. adios!
nota kaki : mari berharap blog ni akan kekal lama. =b
nota kaki : mari berharap blog ni akan kekal lama. =b
No comments: