Umrah & Tilam Kekabu Baby - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Friday, 24 May 2013

Umrah & Tilam Kekabu Baby

Masa menaip ni, ibu aku da selamat sampai ke Jeddah dan sedang otw ke Madinah untuk ziarah. Semalam semua family member berkumpul di KLIA untuk hantar ibu menunaikan umrah dengan family Mak Ita (adik ibu), uncle amir dan 2 orang anak. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat ibu nak jejakkan kaki ke sana, dan semoga Allah lindungi keluarga aku disana. First time ibu aku pegi luar negara seorang tanpa adik beradik aku yang temankan. Tapi kitorang yakin family untie aku leh tengok-tengokan mak aku kat sana. Sedih pulak da biasa ibu ade kat rumah hari-hari. Pesanan ibu yang aku x kan lupa ialah "Kaklang jangan beranak dulu ye, tunggu ibu balik" haha baiklah ibu. 

Balik dari KLIA semalam, sempat la ajak abg ngan kak ipar aku pegi TTDI Jaya  nak menyinggah kedai Little DJE. Entry sebelum ni pon aku asek mentioned nak beli tilam kekabu tapi x beli-beli lagi. Sekali semalam Little DJE buat sales! Memang rezeki anak aku la kot sbb sebenanye mmg plan nak g beli hari Rabu aritu, tapi meeting full pulak so x jadi. Tup-tup malam tu tgk FB ada update pasal sale. Memang x senang duduklah malam tu dah gatal-gatal tangan kiri rase duit nak mengalir keluar. Sampai-sampai sana, bukan aku sorang teruja. Kakak ipar aku skali rase excited sbb banyak gile tilam comel-comel. Sales die pon bukan untuk tilam je, tapi untuk hampir kesemua barang yang dorang jual. Tungku baby, barut baby, nursing pillow dll. Abg aku siap mintak kakak ipar aku beli bantal nursing pillow nak buat baring. Tapi ofkoz la kakak aku x layan. hehe




Ni la set tilam yang aku pilih. Comel x comel x? =b Normal price set tilam kekabu (2 bolster, 2 bantal kepala, 1 bantal newborn, 1 tilam 100% kekabu 4-5 inchi) selalunya RM230. Tapi untuk sales kalini, dorg let go semua ni untuk RM190 je! So far aku survey x jumpa lagi semurah ni. Pastu boleh add on comforter yang same corak, untuk harga RM240 satu set. Selalunya dorang jual RM280. Aku decide nak amik skali comforter sebab nampak selesa je kalau tido bilik ekon. Tunjuk gambar kat hubby, die pon cakap cantik. Sungguh girl katanya. haha. Kot la kalau tiba-tiba kuar anak laki, maafkan umi la ye sebab terpaksa guna tilam bunga-bunga. 

Btw, walaupon ade beberapa orang cakap tilam baby xyah beli mahal-mahal sebab guna sekejap je, aku still rasa berbaloi nak beli. First sebab tilam ni memang tahan lama. Leh guna sampai anak ramai. Second, kalau ikut history famly aku, mmg berguna sangat kalau beli tilam mahal sebab salunya dorg guna tilam ni up to umor setaun. Selagi kaki x tejulur lebih tilam. Dari segi material & kualiti jahitan, memang Little DJE punya sangat memuaskan hati. Kemas, Material kain bekualiti, dan cantik. So mmg recommended la. X sabar lak nak tgk baby tido atas tilam ni. 6 minggu lagi ke due date insyaAllah. Semoga Allah permudahkan. Amin.. 

No comments:

@way2themes