Kenduri Aqiqah Ayraa Sofea Bt Khafizudin - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Sunday, 8 December 2013

Kenduri Aqiqah Ayraa Sofea Bt Khafizudin

Start dari Ayraa keluar dari dalam perut, muncullah soalan-soalan dari family aku yang tanya bila nak buat aqiqah Ayraa? Kalau ikut islam, adalah afdhal kalau kite laksanakan aqiqah dan memberi nama yang baik kepada anak pada hari ketujuh kelahiran. Tapi hari ketujuh Ayraa lahir, abi die pulak demam masuk hospital. Kalau x demam, abi Ayraa dah kene naik flight balik ke Betong, Sarawak. So memang xde plan untuk buat kenduri Ayraa dalam masa terdekat tersebut. 

Bulan berganti bulan, soalan "bile nak buat aqiqah Ayraa?" masih lagi muncul. Sebab abi Ayraa jauh, dan cuti adalah limited, kitorg plan nak buat kenduri Ayraa masa cuti sekolah. Kalau ikut kan masa tu umur Ayraa dah pon masuk 5 Bulan. 1 Dec 2013. Esoknye baru genap 5 bulan. Anak first ni biasa la. Semangat bukan main. Buat kenduri aqiqah je tapi ummi die punye over pening-pening macam nak kenduri sambut menantu. Banyak preparation yang kitorang buat sendiri je. Goodies-goodies, decoration, pelamin aqiqah, candy buffet. Sume lah DIY je. Cheapskate la katekan. Yang lain-lain catering ngan kemah je orang lain handle. Alhamdulillah ramai jugak yang datang masa kenduri tu. Nasib baikla ada makcik-makcik marhaban import dari umah mak aku. Kalau tak aku suh abi Ayraa je baca doa. kui2.

Kad Jemputan Ayraa sendiri bikin, Jimat kos.

Pelamin Ayraa mula-mula kitorg decide nak belikan baby cot. Tapi bile pikir-pikir balik, potensi untuk mengunakan baby cot dimasa akan datang adalah agak kurang, kitorg switch la belikan Ayraa Playpen. Sebab ramai suggest beli Playpen dari beli baby cot. Aku beli playpen dalam RM370 x silap. memang berbaloi la dari aku bayar RM300 buat sewa buaian berendoi. At least nampak gak bendenye. Pastu ibu aku bawak la kain-kain langsir belen-belen kat rumah dia, buat tutup playpen tu. Konon-konon macam buaian berendoi la. Bunga-bunga semua pon mak aku punye. Bunge crepe paper je aku, husband ngan adik aku rajin buat sniri. Kiri kanan tu sebenanye kerusi plastik. Kaver2 sket dengan kain xde la nampak ye x. Memang saje je aku xnak bukak sliding door sebab nak jadikan langsir tu as backdrop. Ok la tu kan.

Baby cot ni aku beli kat Manjaku. Sales assistant tu cakap jenama ni yang paling kukuh baby cotnye. Sebaik la dia cakap sebab asalnya aku nak beli Esprit. Tapi die ckp Esprit mahal tapi goyang. Tengok design yang ni macam not bad. Ada kelambu, ada tempat tukar lampin dll. 


Ok baru perasan xde amik gambar pelamin DIY Ayraa ni. Takpelah kot nampak sipi-sipi.hehe
Candy buffet Ayraa lak senang je. Beli kertas pembalut hadiah dengan manila card, Gunting-gunting tampal-tampal jadi la flag nama tu. Pastu beli kain Rm2.50 semeter kat nagoya buat lapik meja. Meja tu meja banquet tesco je memang da ade kat rumah. Pasu bunga lak aku beli kat romantika. Sepasu tu siap bunge ngan pasu baru RM30. Kek red velvet ngan kek rainbow aku order kat kakak ipar aku punye mak. Tambah gula-gula sket, jelly sket, lolipop ngan marsmallow sket siap la candy buffet aku. Again, banyakk sangat jimatnye berbanding nak suh org buat. 


Goodies bag semua nya Ibu ngan Mak Mentua aku sponsor. Aku beli beg je. Customize yassin ni aku tempah dekat Creatively Design dekat Gombak. 1 pcs dalam RM3 je. Memang comel. Pastu isi-isi dalam dia semua mak mentua aku beli. Ada air kotak, Kismis, ngan kek x silap aku. Untuk orang marhaban isi dalam nye same je cume mak aku bagi tupperware besar instead of letak dalam beg. Beg-beg ni semua aku balik-balik keje tau-tau da siap. Semua orang buatkan. Sebab minggu nak kenduri ni adalah minggu aku paling sibuk dengan event kat luar. Sampai x terkejar aku dibuatnya. Sebaik la ramai yang tolong. 


Sebab Ayraa ialah anak perempuan, jadi jimatlah sket masa nak membeli kambing tu. Kitorg serahkan adegan menyembeli kambing dan mentransform kambing menjadi lauk kepada makcik catering. Die cas Rm1050 untuk tolong carikan kambing and masakna sekali kambing. Aku x tau la tu dikire mahal ke murah. Aku main angguk2 iyakan aje la. Sebab nak buat kambing bakar macam alang-alang celah gigi orang je. Atleast masak kari leh la ramai-ramai merasa. Dah la malas nak taip. Aku share je gambar-gambar di hari kejadian. hehe














Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab ummi ngan abi. Semoga Ayraa membesar menjadi anak yang solehah hendaknya. Amin =)

2 comments:

  1. boleh x share template kad jemputan tu dgn sy?

    ReplyDelete
  2. COMELNYE AYRAA...NAK SAMA NAMA ANAK KITE
    ANAK AKAK NUR AIRA SUFIYA...HIHI

    ReplyDelete

@way2themes