November 2014 - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Saturday, 1 November 2014

Review susu Karihome
November 01, 2014 55 Comments
Sejak pregnant baby no dua ni, production susu aku semakin merudum. Stock ebm dalam peti pon dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Infact, Ayraa pon masa tu dah beberapa kali pau susu kakak ipar aku. Dah beberapa kali kenyang, and dah jadi anak susuan pon, Masa tu memang rase sedih susu kurang, tapi tak terpikir lak sebab pregnant. So satu hari tu lepas balik kerja, ibu aku mintak aku standby kan susu formula sebab kesian dekat Ayraa. Dengan berat hatinya, aku pon google la pasal susu yang sesuai untuk baby. 

Sebelum ni, aku selalu dengar yang susu kambing adalah susu kedua terbaik lepas susu ibu, Aku tekad, kalau nak bagi anak aku susu FM, aku akan usaha carikkan susu FM kambing walaupon harga dia lagi mahal dari susu lembu. Google punye google, tanya punya tanya, aku dapat lah kenal brand Karihome. Karihome ni setahu aku satu-satunya susu kambing yang sesuai untuk diminum oleh baby bawah setahun. Kebanyakkan susu kambing lain sesuai untuk baby setahun ke atas sahaja. Sebabnya ada sejenis molekul yang tak boleh dicernakan oleh baby. and dalam susu karihome, dorang da singkirkan molekul (x pasti la molekul ke apa) yang tak boleh dicerna baby tu. Satu-satu tempat yang aku tau ada jual susu ni masa tu adalah Aeon, Jusco. Setin kecik (400gram) harga RM52. Masa tu buat topup-topup je. So x la banyak sangat minumnya.

Tapi pada masa yang sama aku still breastfeed Ayraa. Cuma aku perasan bila tiap2 kali aku nyusukan Ayraa, macam rahim aku contract lepas tu rase x selesa. Bila aku inform doktor, doktor terus mintak aku stop breastfeed Ayraa sebab boleh sebabkan keguguran. Walaupon doktor gtau camtu, aku x fully stop bagi Ayraa. Mula-mula kurangkan bf, lepas tu selang-selang hari, sekejap bagi sekejap tak, pastu jadi 3 hari sekali, and lama-lama terus Ayraa pon dah takmau. Sebaik la dia tak tantrum nak gak menyusu. Infact, sekarang ni kalau aku nak bagi, die datang untuk gigit atau cium je pastu terus gelak-gelak lari g main. haha.

Dulu memang susah nak carik susu ni, tapi sekarang banyak tempat yang ada jual. Giant ada, Pharmacy biasa ada, Cosway Pharmacy ada, AEON big ada. Banyak tempat dah ada. Nak beli online pon ada banyak babystore yang jual. Tapi so far, yang paling murah aku jumpa dekat Cosway Pharmacy. Kalau Step 3 tu kat AEON RM104, aku dapat dekat dekat cosway dalam RM93.90 jr. RM10 jugak bezanya. Memang lepas dari tau tu, aku beli kat Cosway je. KAt giant pon aku tgk dalam RM95 x silap. Dekat AEON big RM98. Kalau sekarang, satu tin besar tu leh la tahan dalam seminggu lebih sket. Selalunya sebulan aku da beli siap-siap 4 tin standby kat rumah. Takot gaji tepeleot kang, sian pulak anak aku tak dapat nyusu. hehe

Kelebihan susu ni sangatlah banyak. First skali sangat senang nak lawas. Anak aku nak poo-poo memang senang sangat dan tak pernah kena sembelit. Second, yang paling obvious skali kulit Ayraa sangat lembut, putih & gebu. Susu ni memang bagus untuk baby2 yang ada eczema. Thirdly, takde la bau hamis ke apa pon. Ayraa sangat suka susu ni. Tapi depends budak jugak la, sebab anak sedara aku dua orang try susu ni terus taknak. Maybe sebab dorang da biasa minum susu Anmum / Dumex kot. Rasanya lain.

Aku memang suggest sangat untuk ibu-ibu bagi anak susu kambing. Banyak brand sekarang ni ada jual. Abaikan orang-orang lama yang suka buat muka pelik bila cakap anak kita minum susu kambing. Padahal susu kambing tu jauh lebih baik dari susu lembu.





Baby susu kambing, hee

Untuk keterangan lanjut pasal susu ni, and nak tau kat outlet mana yang ada jual, klik link ini:

http://www.karihome.com.my/


Reading Time:
Happy Birthday En Hubby!
November 01, 20141 Comments
Perghh bersarang sudah blog ini. Bukan sebab busy sangat sampai takde masa nak berblog, tapi semua disebabkan darjah kemalasan yang sungguh menebal. hihi

Btw, harini harijadi Husband aku. Harini jugak result eg-tukar keluar. Memang seperti yang dijangka, PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN tu muncul kat skrin. Keji la KPM, kasi la hadiah hari jadi terbaik kat suami aku. Ni tak, da 4 taun setengah terpaksa bertapa dekat Betong nun.Macam kitorg takde keluarga pulak. haih sabar je la. Tapi, apa-apa pon, selamat hari jadi suami saye. Love u so much!



Btw, Esok Ayraa pon dah genap Setahun empat bulan. Tengah banyak akal sekarang, macam-macam perangai baru die buat setiap hari. Semakin hari semakin licik. Dah pandai rindu kat abi dia. Kalau video call tu sekejap je gelak. Lepas tu pandai buat muka monyok macam merajuk kat abi dia. In term of word pulak, baru boleh cakap sikit-sikit. Kalau nak susu tu pandai mintak "nak milk", "taknak", "kakak", and pandai sangat tiru iklan kat tv. Kadang-kadang tu tekeluar jugak pekataan-pekataan yang kalau suh die repeat balik, sampai kesudah la menunggu. contohnya : Sakit. 

Kalau ikutkan, cerita terbaru banyak sangat nak certia tapi malas nak menaip. Cuma yang paling latest yang boleh dikongsi adalah berita yang dah 6 bulan lebih jugak la iaitu.....


hehehe Ayraa nak dapat adik! InsyaAllah bulan 1/2 ni Ayraa jadi kakak. Nanti aku cerita lanjut pasal pregnancy kalini and macam mana dapat tau. Kalau kat KK tu, nurse tu suka la cakap aku "eksiden". Padahal memang kitorg jenis nak anak no 1 n 2 rapat. So bila dapat tau aku preggy lagi memang Happy sesangat lah! Doakan aku selamat melahirkan anak kedua ni ye. Amin.

Reading Time:

@way2themes