May 2013 - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Friday, 24 May 2013

Umrah & Tilam Kekabu Baby
May 24, 20130 Comments
Masa menaip ni, ibu aku da selamat sampai ke Jeddah dan sedang otw ke Madinah untuk ziarah. Semalam semua family member berkumpul di KLIA untuk hantar ibu menunaikan umrah dengan family Mak Ita (adik ibu), uncle amir dan 2 orang anak. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat ibu nak jejakkan kaki ke sana, dan semoga Allah lindungi keluarga aku disana. First time ibu aku pegi luar negara seorang tanpa adik beradik aku yang temankan. Tapi kitorang yakin family untie aku leh tengok-tengokan mak aku kat sana. Sedih pulak da biasa ibu ade kat rumah hari-hari. Pesanan ibu yang aku x kan lupa ialah "Kaklang jangan beranak dulu ye, tunggu ibu balik" haha baiklah ibu. 

Balik dari KLIA semalam, sempat la ajak abg ngan kak ipar aku pegi TTDI Jaya  nak menyinggah kedai Little DJE. Entry sebelum ni pon aku asek mentioned nak beli tilam kekabu tapi x beli-beli lagi. Sekali semalam Little DJE buat sales! Memang rezeki anak aku la kot sbb sebenanye mmg plan nak g beli hari Rabu aritu, tapi meeting full pulak so x jadi. Tup-tup malam tu tgk FB ada update pasal sale. Memang x senang duduklah malam tu dah gatal-gatal tangan kiri rase duit nak mengalir keluar. Sampai-sampai sana, bukan aku sorang teruja. Kakak ipar aku skali rase excited sbb banyak gile tilam comel-comel. Sales die pon bukan untuk tilam je, tapi untuk hampir kesemua barang yang dorang jual. Tungku baby, barut baby, nursing pillow dll. Abg aku siap mintak kakak ipar aku beli bantal nursing pillow nak buat baring. Tapi ofkoz la kakak aku x layan. hehe




Ni la set tilam yang aku pilih. Comel x comel x? =b Normal price set tilam kekabu (2 bolster, 2 bantal kepala, 1 bantal newborn, 1 tilam 100% kekabu 4-5 inchi) selalunya RM230. Tapi untuk sales kalini, dorg let go semua ni untuk RM190 je! So far aku survey x jumpa lagi semurah ni. Pastu boleh add on comforter yang same corak, untuk harga RM240 satu set. Selalunya dorang jual RM280. Aku decide nak amik skali comforter sebab nampak selesa je kalau tido bilik ekon. Tunjuk gambar kat hubby, die pon cakap cantik. Sungguh girl katanya. haha. Kot la kalau tiba-tiba kuar anak laki, maafkan umi la ye sebab terpaksa guna tilam bunga-bunga. 

Btw, walaupon ade beberapa orang cakap tilam baby xyah beli mahal-mahal sebab guna sekejap je, aku still rasa berbaloi nak beli. First sebab tilam ni memang tahan lama. Leh guna sampai anak ramai. Second, kalau ikut history famly aku, mmg berguna sangat kalau beli tilam mahal sebab salunya dorg guna tilam ni up to umor setaun. Selagi kaki x tejulur lebih tilam. Dari segi material & kualiti jahitan, memang Little DJE punya sangat memuaskan hati. Kemas, Material kain bekualiti, dan cantik. So mmg recommended la. X sabar lak nak tgk baby tido atas tilam ni. 6 minggu lagi ke due date insyaAllah. Semoga Allah permudahkan. Amin.. 
Reading Time:

Thursday, 23 May 2013

Kidsnbaby4u
May 23, 20130 Comments
Besfren aku baru je run online business jual barang-barang baby beberapa hari yang lalu. Barang-barang yang dijual mostly adalah feeding bottle yang direct beli dari UK. Comparatively, harga yang dia memang lagi murah compared to beli kat kedai. Kalau korang berminat nak beli botol susu ke manual breastpump ke, anticolic bottle ke, baby food storage or single bottle sterilizer boleh la dapatkan dari FB Kidsnbaby4U. Brand yang ada so far ialah Avent, Tommee Tippee & MAM. Selain tu ada jugak produk Munchkin Dry Rack. Aku da terbeli la pulak kalau x aku beli kat dia je. Kalau korang beli, xyah pening nak pikir nak add on postage pulak sebab semua pembelian adalah entitle to get Free Postage. Semua barang adalah ready stock. Xyah nak tunggu-tunggu beberapa minggu untuk barang sampai. Haa best kan. Kalau berminat leh wassap owner dekat number 0172425273. Ok, happy browsing & Shopping!


017-2425273



Reading Time:

Sunday, 19 May 2013

Baby Dan Rumah
May 19, 20130 Comments
Semalam check up kat Hospital Razif. So far semuanya ok, cume dr suh makan banyak sebab berat badan turun 0.5 kilo. At 33 weeks, berat baby aku adalah 1.8 kilogram. X pasti la berat ni kire ideal ke x, tapi doktor cakap ok so aku pon ok je la. Maybe sebab aku gigih berinduksi last week, sebab tu kot berat turun sikit. Dr tanya aku jaga badan ke? haha soalan yang agak kelakar. Aku makan punya la bersungguh-sungguh. X sempat lapar anak aku. Tapi aku akui la, aku ni x suke makan ubat. Ubat obimin aku tu x penah abes pon. Makan bila terigt je which is like 2 minggu skali. Pasni aku berazam nak kena disiplin sket makan ubat demi kesejahteraan anakku. 

Beberapa hari ni mood mendeco rumah kembali dengan jayanya. Aku suke sangat la tengok blog I Heart Organizing. Memang dekorasi rumah idaman la. Dahla semuanya DIY. Colourful pulak tu. Kalau hubby aku kat sini, mesti semangat nak buat DIY sama-sama sebab die sangat suka benda-benda DIY ni. Anyway, harini sebab boring, kitorg decide jalan-jalan kat Setia Alam City Mall. Tujuan utama nye adalah nak pegi melawat TYPO sebab nak beli benda ala ini :-


Wooden Alphabet nak buat hiasan rumah. Walhal rumah kosong je pon. haha. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit =b


dan sebab beli barang kat atas tu, dapat la beli teatowel pada harga RM10 je. Macam-macam design ada aku pilih yang ni. Sebab teringat kat rumah ada frame IKEA yang x pakai kat loteng, aku decide nak framekan towel ni nak jadi wall deco kat dapur. Sebaik ngam-ngam saiz die. Pasni bangun tido je mesti x lupe bancuh kopi. ngahaha. 

Sekarang ni aku tengah dalam misi mencari US Designer Fabric (Cotton) untuk misi mendekorasi rumah & misi special project aku ngan hubby. Kalau dapat supplier yang jual wholesale lagi bagus. Aku gak tengah carik plain white canvas (without frame) untuk project DIY aku. Kat mana nak carik ea? Sapa tau mana nak carik silalah roger aku. Thank u.
Reading Time:

Saturday, 18 May 2013

Buku Baby
May 18, 20130 Comments
Disebabkan aku ni masih lagi dalam kategori pelajar (yang x abes-abes menulis thesisnya), aku tergolong jugak la dalam golongan yang merasa dapat baucer buku 1 malaysia. Ni second time la aku dapat baucer buku ni. Memang perasaan teruja dia kurang sket dari perasaan teruja masa first time dapat tu. Tahun ni aku memang da plan nak guna baucer tu utk beli buku rujukan adik aku yang tengah nak SPM. So baki-bakinye aku belilah buku untuk diri sendiri. Semuanya buku pasal mengandung dan baby.



Aku da almost khatam la buku-buku ni.. Buku penjagaan ibu hamil ngan rahsia kesihatan tu basically point die x la banyak beza.. Semua info-info standard la. Sebelum ni pon ofis mate aku ada bagi 2 buku mengandung yang sangat berguna. Maybe sebab aku da penah baca buku tu so aku rasa xde la spesel sangat buku yang ni. Tapi yang lain best. Especially baby & toddler tu sebab die cita pasal penyakit-penyakit baby dan treatment. Hebatnya susu ibu pon best jugak sebab baby depan tu comel gile. muahaha ade kene mengene ke?

Reading Time:

Wednesday, 15 May 2013

Sekembali dari PTM
May 15, 20130 Comments
Alhamdulillah, sudah terlepas seksaku di PTM. Selama 8 hari terpaksa berkursus, berLDK, bersukan, berkawad, bergegas-gegas dan yang sewaktu dengannya dekat PLPP Teluk Chengai. 8 hari gak la rasa nak tercabut kaki tangan sebab jadual yang sangat pack. Kaki dari x bengkak, balik-balik terus bengkak sampai kasut & sandal dah x muat. Muke pon ireng toksah cakap la. Tapi alhamdulillah, baby sangat behave sepanjang 8 hari. Takde pulak sakit perut ke, ape ke. Krem kat celah kangkang tu biasa la. Kalau x buat pape pun krem jugak. Tapi yang paling membanggakan, baby sangat behave masa kembara ilmu (ala-ala explore race la), berjalan 7 km dari pukul 8 sampai 3.30 petang di kawasan sawah padi, tengah-tengah panas terik. Even balik malam tu da bajet mesti bangun esok sakit-sakit badan. Tapi bangun-bangun ok je. Sangat ajaib. 

Harini masuk opis balik. Semalam memang x larat gila tido je satu hari nak qada' tidor. Nasib baik la naik flight. Kalau naik kete x tau la penatnye camne. Tapi masa naik flight pon, beria-ria la aku ready dengan surat doktor semua. Tapi sorang pon xde tanya aku pregnant ke x. Pastu terserlah perangai rakyat Malaysia yang x berapa nak perihatin. Masa aku susah-susah angkat barang yang banyak dengan perut memboyot, xde plak orang nak offer diri tolong angkatkan. Siap makcik polis kat scanner tu suh aku angkat balik beg yang  seberat 20 kilo tu patah balik masuk lagi skali sebab kene tumbangkan. Orang lain tengok je. Mase tengah beratur nak check in kat kaunter, siap selamber ade pakcik potong barisan depan aku. Masa kat dalam flight nak turun pulak, x sabar-sabar orang seblah ngan belakang aku tu dok push-push tolak nak keluar cepat. Aku cam WTH rakyat Malaysia ni. Patotnya simpati la sket kat ibu mengandung yang tengah kepenatan ini. Bukan ke aku ni termasuk dalam golongan yang dapat priority. Pegi mengundi pon x yah berbaris tau. Flight aku dah la kol 9.20 malam. Bayangkan la penat tahap gaban dah masa tu. Bukan nak compare, tapi kalau kat London dan beberapa tempat lain, orang-orang sekeliling tu sangat peka dengan orang-orang kiri kanan. Lagi-lagi kalau nampak ibu yang tengah tolak stroller nak naik tangga. Tanpa disuruh, automatik dorg akan tolong angkatkan stroller tu sampai ke atas. Benda ni jadi kat famly aku sendiri. Memang sangat salute la attitude yang macam ni. 

Tapi ape-apepon, sekarang memang lega la da lepas Induksi. Mintak-mintak lulus la ye. Pasni kena fokus siapkan kerja sebelum terberanak. Hang in there baby!
Reading Time:

Thursday, 2 May 2013

Alhamdulillah
May 02, 20130 Comments
Alhamdulillah.. Kerisauan seminggu yang memuncak pada hari semalam dah pun berakhir. Smlm dr confirmkan yang keadaan uri aku da x ke bawah dan x halang laluan bersalin. Dengan kata lain, tiada lagi placenta previa type 1. Betapa leganya hati ni Allah swt je yang tau. Baby pon dalam keadaan yang normal. Berat sekarang dah 1.36 kilo. Despite org asek cakap perut aku kecik, dr cakap baby growth semuanya normal. 

Sebenanya perlu berterima kasih dekat jiran belakang rumah jugak. Sebab dia yang tolong urut perut aku this week. Hari selasa haritu makcik tu offer nak tolong urutkan sebab dia risau bila dengar uri kat bawah. Masa urut2 tu, dia cakap memang uri dekat bawah. Urutnya x sakit pon, siap rase sedap perut kene uli2. Angin-angin barat laut sume berjaya disisihkan dengan jayanya =b. Then semalam, sebelum pegi check up makcik tu datang lagi skali lepas subuh tolong urutkan. Masa tu makcik tu cakap bahagian bawah da kosong. InsyaAllah uri da x halang laluan. Alhamdulillah la betul kata makcik tu. 

Tapi semalam sebelum check up pukul 3.45 pagi tiba-tiba perut rasa sakit gila. Berguling-guling atas katil menahan sakit. Serious aku siap terpikir ni contraction nak beranak ke ape ni. Sampai bepeluh-peluh la menahan sakit. Pastu aku gagahkan diri, jalan pegi toilet dan bertapa dalam toilet tu lama jugak. Rupenye aku kena diarhea la pulak. Tapi kali ni over betul sakitnya. Masa check up tu dr bagi MC. So cuti la lagi aku semalam dengan perut yang memulas-mulas. 

Harini dah masuk ofis balik. Kalau isnin cuti, kiranya arini last la masuk ofis sebelum pegi induksi. Dari jadual yang aku tengok, macam compact gila je timing induksi. Start 5.30 pagi sampai la 11.15 malam. Pengsan la aku. huhu anyway, arini tepat pukul 5 nak cabut balik. Hubby ku pulang harini, and first time nak tido kat umah baru malam ni. 
Reading Time:

Wednesday, 1 May 2013

Mumble Jumble
May 01, 20130 Comments
Harini adalah Labour day. Aku baru terpikir, kenapa omputih suke guna perkataan yang sama untuk maksud yang totally berbeza? Contoh Labour Day = Hari Buruh. Tapi apsal Labour Room bukan Bilik Buruh? muahaha. Abaikan.

Harini macam biasa lepak umah kat Cassia. Aim utama adalah nak siapkan writing journal dan thesis ku yang aku janji nak anta kat sv bulan April. Puiii.. da Bulan Mei dah pon.. Mesti sv aku tension je ngan student die yg sorg ni. Nak wat cane dr, saya banyak komitment. cewah. 

Btw, takde la banyak sangat nak cite arini. Selain tido, main internet dan tengok spanbob, kerja aku arini adalah memantau adik aku study. Esok die nak peksa, so keje aku adalah memastikan die study ketika aku sedang berpoya2. =b

Esok ada check up lagi kat KK. Kakak ipar aku nak join jugak g check up memandangkan die dah nak masuk 2 months preggy dan belum bukak buku pink lagi. So yeay! ada kawan x la boring nak tercongok di situ. Lusa pulak hubby aku balik! yeay! Then Selasa, aku da kena chow pegi Induksi a.k.a PTM kat Teluk Chengai Kedah. Doakan la esok checkup semua ok. Aminn..
Reading Time:

@way2themes