June 2013 - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Sunday, 23 June 2013

38 minggu 3 hari
June 23, 20131 Comments
Harapan untuk bersalin pada hujung minggu lepas tidak tercapai nampaknya. Hubby pon da balik ke Sarawak semalam. Last check-up Sabtu lepas doktor mentioned semua nye alhamdulillah ok. Air ketuban cukup. Berat da 2.6 kilo. Baby da turun. So anytime by now da boleh beranak. Tapi so far aku x rasa la sakit contraction lagi. Cume perut mengeras gile-gile dari last week. Dr cakap tu jugak antara sign baby da ready nak keluar. Dan aku memang x larat gila nak jalan sangat sebab krem kaki dan pinggul. Harini bangun pagi rasa cergas sikit dari last week. Jalan pon ok. Tapi start kol 11 tadi perut dah start mengeras sampai rasa x selesa. Kalau x larat kang ptg ni balik awal kot. Walaupon doktor cakap kena tunggu sign of labour, tapi ibu aku risau aku ni jenis macam kakak aku ngan dia. Kakak aku masa beranak anak first, memang x rasa langsung sakit contraction tu. Seharian tu seingat aku, die rasa macam x selesa rasa asek nak pegi tandas. Pastu arwah ayah aku la yang suh kakak aku g hospital check sebab instinct dia, kakak aku ni macam da nak beranak. Tup-tup masa check bukaan, dah 8 cm terbukak. Terus tolak masuk labour room. Hopefully aku pon beranak semudah itu la hendaknya. Harap-harap suami aku pon sempat balik. Anyway, harini ada audit ISO. Abes audit ni kalau x larat aku nak chow. Beg bersalin aku x kemas apa pon lagi. heee
Reading Time:

Wednesday, 19 June 2013

38 Minggu (almost)
June 19, 20130 Comments
Esok genap 38 weeks aku membawa baby di dalam perut. Seminggu ni memang exhausted gila datang kerja. Lepas lunch hour mesti kiok. Tapi harini lebih dasyat sebab sampai-sampai opis je rasa penat macam baru lepas jogging. Nak jalan pon kena tahan2 tutt.. Sebab rasa macam baby dah ke bawah.. X tau la tu imaginasi aku je ke perasaan aku ke.. Anyway, akhirnya aku da decide untuk berpantang kat rumah baru. Bak kata pak indon yang repair rumah aku tu, dia cakap kalau dapat baby and berpantang kat rumah baru nanti murah rezeki. Lagipon, rumah ibu aku agak crowded dengan barang-barang sedia ada. Macam kesian je kalau menambah ke-crowdedan itu.  Ibu pon da setuju utk teman aku pantang kat umah kalau hubby aku xde. Sebaik la umah ibu dekat je. Kalau siang hari aku rase insyaAllah masih boleh manage diri kalau ibu aku nak balik rumah ke apa. Tapi malam tu rasa x confident je. Lagi satu, senang la MIL nak datang duduk rumah aku bila nak melawat baby nanti. 

Tapiiii.. umah aku kan x berapa nak ada barang. So Sabtu ni (kalau belum branak) lepas check up dah plan nak g carik katil, sofa dan almari baju baby utk letak kat bilik bawah. Sebab aku yakin aku malas nak naik atas sepanjang aku berpantang. Biarlah tetamu g tido atas kat bilik aku. Tapi sekarang barang semua still  kat rumah ibu aku lagi. Nak beranak nanti baru angkut semua. Bukan banyak sangat pon barangnye. Memandangkan rumah aku astro pon takde, hubby aku dengan baik hatinya da downloadkan aku cerita-cerita best untuk aku hadap hari-hari. Hubby ada jugak cakap "Patotnya siapkan writing masa dalam pantang. Nanti org sambung laptop g skrin tv" Adeih. terpaksalah menurut perintah. Kang derhaka pulak. hehe

Jumaat ni hubby aku balik. Ahad balik sana balik. Sangat lah berharap baby aku keluar hari Ahad pagi ke, tengahari ke (Since Sabtu dah plan nak g carik barang) sebab xmo hubby aku balik Sarawak balik. Kalau die balik karang, buatnya esok lusa aku beranak, susahnye la nanti. Baby, kuar hari ahad ni yer. Umi ngan Abi tunggu awak ni. =)
Reading Time:

Tuesday, 11 June 2013

Cloth Diaper Termurah di alam semesta
June 11, 20130 Comments
Ok. Tajuk sangat over. Tapi ini serious! Sepanjang pencarian membeli cloth diaper, so far aku hanya mampu membeli satu pada harga RM31.90 lepas less (onebabyworld). Memang x dinafikan niat nak menambah stok tu ada, tapi asekla x terbeli sebab macam mahal kan nak beli banyak-banyak. Berkesinambungan dengan kisah hubby yang suke pegi Cash Converter tu, masa beliau sedang menjalankan misi menyepot (read : spot) barang-barang rare untuk dibeli kat Cash Converter Seksyen 9 Shah Alam, dengan magiknya beliau telah terspot stock cloth diaper jenama luvable friend berlonggok-longgok untuk dijual. Aku dengan perasaan selamber pada mulanya pegi la tengok-tengok sebab macam ragu-ragu la cash converter jual cloth diaper second hand ke ape ni. Tup-tup tengok harga RM8 je!! Brand New, takde cacat cela. Aku da penah survey da kat kedai luvable friend ni time expo dengan time pegi GM. Harga dia roughly RM25 keatas. RM25 tu kire paling murah la tu. So bile nampak je RM8, terus la aku borong. Tapi corak ada tiga je. X de pilihan grab je la apa yang ada. 


See brand new. Tapi semua ni ada satu insert je. material pon cotton yang best. Bile balik rumah hubby tanya "Beli 6 je ke tadi? Kenapa x borong semua?" Terus rase menyesal pulak x abeskan semua tadi.Anyway, sejurus selepas insiden ini, pandangan aku terhadap cash converter telah berubah sama skali. Dulu kalau hubby aku ajak masuk, aku cam masuk tengok-tengok gitu je tanpa rasa minat. Sekarang tidak lagi. Kalau rajin berjalan, dan mata tajam, dapat benda baru yang best-best jugak rupenye. hehe

update terkini : Harga utk plain RM35, harga utk corak RM38. Fuhh. Rezeki anak ni.
Reading Time:

Sunday, 9 June 2013

Home Sweet Home #2
June 09, 20130 Comments
Kembali memandu ke tempat kerja. Hubby da balik Sarawak semalam, so tiada lagi driver yang boleh hanta pegi kerja. Cuti sekolah ni macam-macam projek berjaya disetelkan. Rumah kosong kami dah kelihatan seperti rumah yang selesa untuk didiami (walaupon xde sofa lagi). Barang-barang penting macam TV, Peti Ais ngan Mesin Basuh dah dibeli. Langsir-langsir bilik yang asek tegendala nak digantung dah digantung. Dinding hall da bejaya di cat. Walaupon hampa sket, efek cat Nippon Momento x seperti yang ditunjukan dalam gambar. Warna totally lain. Da la mahal catnye untuk 1 Litre. Tapi xpe, masalah kecik je tu. Meja Makan da disusun dan didekokan. Tv da di lekat kat dinding. Sian jugak la kat hubby yang betungkus lumus nak mengecat, mendrill sorang-sorang. Tapi part cat tu aku ade tolong jugak la. Part lain aku tengok je sambil bagi arahan. hehehe

Cuti ni gak, 2 kali menawaf IKEA. Tapi yang second visit tu paling best la sebab 8.45 pagi da tepacak depan pintu. Kedai pon x bukak lagi. Punye la semangat nak menyopping. Lagipon petang tu hubby aku nak balik Sarawak. So memang kena cepatla sebab nak balik umah setelkan mana yang x setel lagi. Yang bagusnya datang awal ni, kita boleh dapat barang best dekat section As-Is pada harga yang murah. Tapi kena pandai pilih la. Semalam, masa lalu section As-Is dari luar, nampak floor lamp Not Floor Uplighter / Reading Lamp. So memang target kena cepat-cepat grab barang yang nak pastu terus pegi As-Is. Sampai-sampai, memang rezeki la lampur tu harga asal RM69 jadi RM38 je. Condition ok lagi, cume lampu tu dulu dorg wat display item. Xde masalah lain pn.

Hobby hubby aku yang suke pegi Cash Converter pn berguna jugak cuti-cuti ni sebab dia jumpa set pinggan IKEA Fargrik (New) yang memang aku da aim lama kat ctu. Harga RM59 untuk 13 pieces. Kurang 5 dari set asal. So smlm pegi la beli set yg terkurang tu, dan end up dapat satu set pada harga yang lagi murah dari harga asal. Puas Ati! 

Actually banyak lagi benda yang kena buat kat rumah tu. Kalau ikutkan hati, sume bende pn nak beli. Tapi sebab kena ikutkan poket, jadi bersyukur je la dengan apa yang ada sekarang. Anyway, aku da masuk 36 minggu ++. Kelmarin hubby ckp ni last die balik kitorg berdua. Pasni bertiga pulak. Tah apsal tah rase sedih plak dengar hubby ckp cmtu. Sedey kot kalau-kalau hubby x sempat nak temankan aku beranak nanti. Ya Allah, dekatkanlah kami, izinkanlah suami aku bersamaku ketika aku nak bersalin nanti. Amin.
Reading Time:

Monday, 3 June 2013

Set Bersalin Tanamera & Perut 35 minggu
June 03, 20130 Comments
Lebih seminggu x berupdate gara-gara kepulangan suami tercinta. Last week selain kena pegi berkursus 3 hari, hari-hari cutiku dihabiskan dengan berjalan-jalan dan balik kampung. Semalam pon sambung cuti lagi sebab nak amik ibu balik umrah. Alhamdulillah selamat dah semuanya. Setelah seminggu x munculkan diri di opis, maka berbondong-bondong lah kerja yang perlu disiapkan. Ditambah pula dengan orang kuatku yang cuti sebab masalah kesihatan, maka gigihlah daku menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Da masuk bulan 6 ni banyak gak la kerja perlu disetelkan sebelum terberanak nanti. 

Btw, cerita kerja semua ketepi, arini nak cite pasal set bersalin yang akhirnya aku berjaya beli. Aku beli online je & so far blog ni la jual paling murah aku rase. Setelah riki-riki, aku decide nak beli set Tanamera sebab mostly orang recommend tanamera kalau nak fully breastfeed baby. Set ni pon sesuai digunakan utk sebelum (VCO) dan selepas berpantang. Plus ada additional bengkung skali dalam set ni so senang xyah aku nak beli bengkung lagi. Cumanya maybe kena beli set bertanggas macam yang lela suggest. Dan juga Losyen Mustajab untuk menyingkirkan lemak2 degil ini. hehe. Btw, Aku beli dekat blog ni :



Sebab die tengah buat promosi, aku rase so far kat sini lah paling murah yang aku jumpa. Selalunya paling murah pon orang jual RM360. Tapi kat blog ni die jual RM340 + Free VCO + Free Postage + Free Autumn breastmilk storage (4pcs). Rasanya berbaloi jugak la beli kan. Sapa-sapa berminat bole la kontek owner die. Cewah mcm sponsored post pulak kan. Btw, x sure la pulak sale ni sampai bila. G la tanya sniri. =b

Aritu aku duduk tengok-tengok gambar dlm phone. Rupenye, sepanjang 35 minggu pregnant, satu gambar pon takde yang menunjukan perut aku yang boboyot ini. Jadi, sebab bosan dekat hotel sorang-sorang sementara tunggu kelas start, aku amik la gambar sniri untuk kenang-kenangan. Kesian. Amik sniri je. 
Kelihatan ade double cin disitu. Muke sedikit gelap gara-gara induksi. Bila tah nak kembali seperti sediakala.
Gambar kuning tah pesal tah. Masa husband aku tgk gambar bawah tu boleh die gelak cakap "cewah..siap posing".. Lepas die ckp camtu terus aku rasa aku mcm tengah buat gaya iklan Anmum. haha. Btw, last week g check up berat naik 2 kilo! muahaha.. dari turun, tibe2 naik 2 kilo pulak. Nak buat cane tah. Lepas dok risau-risau berat baby aku ringan last 2 week, aku gigih la g makan balik new obimin tu. Skali amik kau. Berat baby da naik 2.2 kilo berat aku naik 1.5 kilo. Lepas ni saye xmo makan ubat lagi!
Reading Time:

@way2themes