Review : Kisah Stroller Ayraa - <center>Diari Ummi Anak Tiga (Keluarga | Kerjaya | Bisnes )</center>

Wednesday, 4 September 2013

Review : Kisah Stroller Ayraa

Dalam banyak-banyak checklist barang Ayraa, peruntukan yang paling banyak direservekan adalah untuk stroller. Stroller pulak memang x plan beli awal-awal sebab nak dahulukan beli barang yang lagi penting. Banyak betul kriteria aku ngan hubby aku tetapkan time nak pilih stroller dulu. Nak tayar tiga, nak sporty, nak ringan, nak lipat kecik, dan xnak yang terlalu mainstream (haha bole x?). Masa time survey2 dulu, macam pening kepala jugak la sebab stroller baby yang best-best semua mahal! Husband la yang paling rajin survey. Ni antara stroller-stroller yang kitorang minat tapi x jadi beli.
Pilihan semua orang. Quinny. Husband berkenan Quiny Zap Xtra sebab boleh guna dari newborn compare to Quinny Zap yang kene letak car seat. Frame tu kalau lipat memang kecik. Tapi seat tu pulak kena bukak asingkan. Kalau aku keluar sorang, memang susah la nak cabut itu ini. Nak beli yg foldable seat mahal sangat la pulak.X mampu den.

Halford Zuzz 4. Price ok. Design cantik sangat. Warna berkenan dah. Tapi mak aih bile lipat, besar gile. Berat lak tu. Nasib baik gak x jadi beli sebab kakak ipar cam nyesal beli ni sebab besar sangat.

SCR 2, price-wise mmg ok sangat. Dalam RM300++.. Tapi bile tgk live x berkenan pulak dgn finishing dia.

Survey punye survey, ada satu hari ni hubby terjumpa la stroller brand GB with love ni dekat Twins Baby. Bile die bawak aku g tgk, mmg jatuh cinta pandang pertama la. Menepati kriteria yang dikehendaki. Cuma yang jadi concernye adalah, brand GB ni x penah dengar langsung tapi price lebih kurang Quinny Zap Xtra. Cam pikir berbaloi x beli GB ni daripada beli Quinny yang terang-terang dah well-known. Pikir punya pikir, last-last ktrg stick dengan decision nak beli stroller ni dengan alasan:

1) Stroller ni design sporty, Walaupon x 3 tayar
2) Stroller ni bila lipat jadi kecik compare to stroller2 design sporty camni
3) Material dan design die sangat rare dan x terlalu mainstream. haha
4) Stroller ni bole gune dari newborn tanpa perlu tukar2 seat
5) Stroller ni ada storage yang besar kat bawah
6) Warna die purple!!

 GB with Love Q-Fold stroller





Overall memang puas hati! Btw, haritu iklan stroller ni dah kuar kat TV3 time berita. Famly aku bagitau tapi aku x sempat tengok lagi. 

3 comments:

  1. Sy pn guna yg ni.. tp once ank da besar, nk bg duduk mcm die melorot ke bwh.. mcm mne ehh?? X reti plak nk adjust bg die duduk btl2..

    ReplyDelete
  2. Sy pn guna yg ni.. tp once ank da besar, nk bg duduk mcm die melorot ke bwh.. mcm mne ehh?? X reti plak nk adjust bg die duduk btl2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melorot ke bawah? Setakat ni anak saya yang umur 2 taun & baby 8 bulan duduk ok lagi.. yang penting pakaikan seat belt tu ngam2 saiz die.. kaki letak kat tempat pijak tu (kalau yang da besar).. selalunya saya tarik seat tu bagi tegak. Alhamdulillah takde melorot lagi setakat ni.. Kalau melorot tu maybe bole pakai stroller pad bagi ampu baby kecik supaya x begerak... lg satu sebab baju licin pon kekadang melorot jugak mungkin

      Delete

@way2themes