April 26, 2013
BY My Mumble Jumble0
Comments
Hari jumaat lunch hour memang panjang. Disebabkan ini, aku memang dari awal-awal lagi da plan harini adalah hari aku patut pegi shopping baju baby.Plan nak shopping kat GM aku kensel sebab harge lebey kurang je. Aku dah siap aim butik yang aku nak pegi yang x jauh dari opis aku iaitu One Baby World dekat Laman Seri. Selalunya, aku beli barang-barang kat kedai ni secara online ataupon masa jumpa kat expo. Memang x penah mengecewakan la. Ni first time nak pegi kedai dia. So tadi sampai-sampai je, aku cam rasa teruja gila tengok barang-barang dalam kedai dia. Honestly, dalam banyak-banyak kedai baby yang aku penah pegi, butik ni la paling best sebab banyak sangat barang sampai aku x tau nak tgk mana satu dulu. Sebut je la apa yang nak, insyaAllah ada. Masa aku sampai pon, ramai gila pelanggan tengah sibuk beli-beli barang. Memang laku sungguh butik ni. Punya la lama aku belek2, dekat sejam setengah gak kat situ. Hasilnya, semua barang-barang dalam checklist baby clothes aku da setel. Tapi x ikut kuantiti yang aku sasarkan sebab orang cakap xyah beli banyak-banyak baju baby. So aku follow la pendapat majoriti. Beli ala kadar je.
Balik dari sana pulak, aku singgah The store seblah opis aku sebab dorang kata anakku ada sales. Sebab kat butik tadi baju yg aku beli sume romper yang berunsurkan kegadisan, so aku igt nak carik baju tido lengan panjang & seluar yang x berapa nak pompuan la. Mane la tau kot-kot tibe2 kuarnye bebird, xde la jambu sangat anak aku nanti. Murah gak la baju-baju ada RM5, RM8 tapi serious la aku x reti pilih bila da longgok camtu. Seluar asing, baju asing. Pening gak. Last-last rembat beberapa helai je. Sebab da malas.
Mood rajin nak buat sesi fotografi hasil belian nak tunjuk kat hubby ku di perantauan. Stokin tu satu set dengan romper carters, kasut biru dapat adiah masa kawen (saje nak interprame jugak), mitten and booties motif lembu tu adiah kawen gak skali ngan baju (again saje nak interprame), kasut oren tu aku beli semalam kat tesco. Bip duck tu dapat skali mase beli set baju duck tu pasal macam nak sama ngan watch me grow tu.Kalau x aku x beli dah kaler camtu.
Receiving blanket sasaran awal nak beli 2 je. Haritu da beli 2 online. Tibe2 harini g beli lagi 2 sebab geram tengok design comel. Blanket elephant tu pulak memang yakin sungguh beli kaler pink sebab dalam banyak-banyak design yang tu paling bekenan. So gamble je la caya ckp doktor anak aku tu pompuan. Pastu mase g tesco smlm saje-saje try beli bedung hug me tu. Kat tesco RM31 je. Tempat lain aku tgk Rm35-RM39. Jauh gak beza harga tu.
Ni je la baju-baju yang aku readykan untuk baby sampai bersalin. Hopefully cukup la. Nanti Pas pantang beli lagi. Masa pantang pon bole je nak shopping online. Yang bawah semua beli kat One baby world, Yang atas semua beli kat The Store seblah opis kecuali yang coklat dapat adiah kawen. Seboleh-boleh baju kat the store aku carik yang unisex. Sebab tu macam x berapa nak comel colournye. huhu
Semalam aku ada gak ronda-ronda SACC. Gigih sungguh jalan kaki sampai ke sana. Niatnye, nak pegi kedai Little Heaven tempat aku beli diaper beg buat hadiah untuk kakak ipar aku. Diaper beg Fisher Price yang aku beli masa tu comel gile. Skrg, bila nak carik untuk diri sniri punya la payah nak jumpa yang cun. Tapi kat kedai tu da xde stok yang cun-cun dah. Aku pun singgahlah Kidz Branded Outlet. Kedai ni pon sangat best baju-baju dia. Semua menepati citarasa aku. Pastu diaper beg die fancy la sket design dia dari tempat lain. Comel-comel belaka. Mula-mula aku nak beli stripe Brown, Pink Orange. Tapi design die cam x berapa praktikal walaupon colour dah cun. Last-last pekerja tu suggest amik yang ni.
Aku ni memang peminat design stripe. Husband aku siap cakap kalau stripe je mesti aku kata cantik. =b. Abes sampai comforter set blek pon aku bantai belang2. Hehe. Btw, Kalau compare antara 3 design, ni la paling praktikal & ada free beg thermos & paling unisex. So aku amik la yang ni.
Dalam penat-penat sampai rumah semalam, otak aku ligat lagi pikir nak g tesco lak tengok barang baby lagi. So pas magrib terus aku g tesco. Sebaikla 5 min je jarak dari umah. Time kat Tesco ni la aku mula rasa preparation bersalin ni banyak gak belanjanya. Beli sikit pon da dekat RM250. Maybe sebab ni anak first kot. Semua barang pon xde lagi. Tu yang terasa aliran keluar wang ringgit aku laju je tu.
Barang-barang dalam checklist yang aku da setelkan kat Tesco.
Jadi dengan ini, maka tercapailah sudah hasrat nak setelkan barang baby bulan ni. Cuma yang tinggal, set tilam kekabu, baby bath, kelambu ngan barang pantang aku. Semua ni ibu aku cakap xpe xyah beli lagi sebab nanti buat semak rumah sebab umah ibu aku ni barang kemain penuh. haha. Sok hari mendobi, pastu da leh la start kemas buh dalam beg. Aku memang nak setelkan awal sebab takot incase apa-apa emergency, suami da la jauh. Takut x tekejar lak nak carik barang yang xde. Btw, semua barang-barang baby aku beli sorang-sorang ikut taste aku sebab husband aku da sebulan x balik. Pas beli je nanti aku snap la gambar sent kat dia tunjuk. Kesian abi xde can nak pilih sniri. Tapi aku rase dia x kesah pon sbb x reti nak pilih. hee. Oklah. da start sakit pinggang. Perlu landing sekarang jugak.